! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :

    Rakan OhhYeKe

    Showing posts with label lawak. Show all posts
    Showing posts with label lawak. Show all posts

    5 Cerita Antara Cikgu Berahim Dan Man Dol

    Bahagian I
    Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. 



    Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


    Bahagian II
    Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kepada murid-muridnya.

    Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?


    Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,


    Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
    Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.



    Bahagian III
    Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...


    Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?


    Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.


    Cikgu : Mana tepungnya??


    Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke ape??
     


    Bahagian IV
    Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

    Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?


    Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.


    Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

    Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?


    Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!


    Cikgu : Allahhuakbarr!!!



    Bahagian V
    Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?


    Joe : Untuk mencari makanan, cikgu


    Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?


    Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.


    Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

    Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...


    Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


    Kisah Bijak Si Suami Memperdayakan Penipuan Si Pengurus Hotel

    Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya. 


    Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00
    "Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

    Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

    "Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

    "Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tidak mahu kalah.

    Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

    "Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

    "Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

    "Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

    "Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."



    Peguam Dan Saksi Dalam Kes Pembunuhan

    Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting. 



    Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

    Saksi : Kenal tuan.

    Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

    Saksi : Itu gambar..., tuan.

    Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

    Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

    Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannya lelaki ke perempuan!

    Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

    Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

    Saksi : Baru kejap tadi tuan.

    Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

    Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

    Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

    Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

    Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

    Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

    Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

    Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

    Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

    Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

    Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

    Apa Yang Paling Cepat?

    Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. 


    Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil ke semua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk bertanya satu soalan yang akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.
    Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" .


    sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.
    "Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

    Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. 


    Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.
    Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

    "Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya.".

    Kelas Ekonomi

    Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa..

    "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana".


    "Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.



    Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya, "Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain" pujuk ketua pramugari.

    "Awak ni lagi satu. Takkan saya nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya.

    Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.


    Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan" Jawab kapten


    P/S: Adakala masalah dapat di selesaikan dengan mudah jika kita menggunakan akal hehe

    Fakta Menarik Yang Anda Harus Tahu

    FAKTA

    1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



    2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


    3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


    4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


    5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


    6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


    7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori

    oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
    ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

    8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


    9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


    10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


    11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


    12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


    13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.




    Kisah Lucu Selepas Sahur

    Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini. Hari ini genap 20 hari kita berpuasa. Lipat gandakan amalan dipenghujung bulan ramadhan ini kerana malam lailatulqadar biasanya berlaku di penghujung kalendar ganjil bulan ramadhan.


    Berbalik pada malam lailatulqadar, saya teringat satu cerita lucu berkenaan dengan malam tersebut dan ingin kongsikan kepada semua pembaca blog ini.

    "Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

    Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh di masjid dan jangan melawan.

    Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik selimut selepas kenyang bersahur.

    Aku hanya bonceng motor abah. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

    Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

    Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

    " Kenapa? " tanya Abah.

    " Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

    "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

    Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

    " Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

    Ketawa Dapat Hilangkan Tekanan - Himpunan Cerita Lawak Bahagian 2

    Teruskan membaca himpunan cerita lawak kerana dengan membaca cerita-cerita berunsur lucu seperti ini sebenarnya dapat mengubah mood harian anda dari kemurungan menjadi ceria. Senantiasa ceria sebenarnya dapat mengurangkan risiko penyakit atau serangan jantung. Saya lupa dimana saya baca tentang fakta ini :-) .



    5. kisah 2 ekor burung.
    Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
    Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja. 

    Datang seorang lelaki ingin membeli salah seekor daripada burung kakak tua itu. Ia berkata kepada si penjual burung. 

    Pembeli: Berapa harga burung kakak tua ini...??

    P
    enjual: yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. 

    Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

    Penjual: Yaa...memang berbeza, kerana yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya..


    6. Belajar bahasa English
    Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar
    seorang pelancong dari US ketika berjalan-jalan di shopping complex The mall di ibu negara.

    Gadis: ' I'm sorry ' 

    Pelancong:' I'm sorry, too '

    Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
    pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

    Gadis: ' I'm sorry. three ' 

    Pelancong: ' What are you sorry for? ' 

    Gadis: 'I'm sorry, five '


    7. Kek Hari jadi...

    Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

    'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

    'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. 

    Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. 

    Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

    'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


    8. Anak siapa??
    Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
    Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

    Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. 

    Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. 


    Suzy: Tapi mengapa? 


    Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. 


    Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. 


    Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. 


    Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin. 


    Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. 


    Suzy :Ha!!??!!

    Ketawa Dapat Hilangkan Tekanan - Himpunan Cerita Lawak Bahagian 1

    Ketawa dapat menghilangkan tekanan, lebih-lebih lagi setelah seharian bekerja. Jadi untuk hari cuti ini saya ingin kongsikan beberapa cerita lawak untuk tatapan anda. Moga cerita ini dapat menceriakan anda dihujung minggu ini.



    1.Cium Isteri
     
    Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

    Isteri :Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu? 

    Suami :Kenapa? 

    Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? 

    Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


    2.Bunuh Setan
     
    Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri
    menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

    'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
    betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. 

    Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
     
    Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
    'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.

    Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
    'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 

    'takpe...tunggulah malam'. 

    Esoknya si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'.

    Si suami diam sambil mengangguk lemah.

    Esoknya si isteri berkata  'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.  Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... 

    'Sayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


    3. Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
     
    Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.

    Entah macamana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpe seketul tahi yang masih panas. Tapi dia masih binggung sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul tahi.
     
    Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. 

    Pak pandir tengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata,
    'Bentuk macam tahi...' Lepas tu dia pegang pulak tahi tu, lalu dia berkata,
    'Lembik...macam tahi.'

    Lepas tu dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam tahi.'

    Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut.
    Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

    'MEMANG TAHI! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

     
    4.Mamak dapat anak
     
    Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
    tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
     
    Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni? 

    Mamak: Saya bini juga surat India mari.

    Ali: Apa dia cakap? Tentu good news.... 

    Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak percuma minum jugak! 

    Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

    Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. 

    Ali: Lerrrrrr.?????...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

    Akibat Menyampuk Orang Bercakap

    Suatu ketika sewaktu berjalan-jalan di KL, aku singgah berjalan di KLCC untuk melihat bangunan gah ini dari dekat. Maklumlah sebelum ini hanya tengok dari jauh dan peluang melihat dari dekat saya tidak akan lepaskan.

    Mahu dijadikan cerita, sesampai sahaja di KLCC perut tetiba meragam, mengakibatkan saya kelam kabut mencari tandas. Cari punya cari akhirnya saya jumpa tandas yang berada didalam KLCC. Apalagi saya bergegas masuk ke tandas sebelah kiri disebabkan tandas sebelah kanan pintunya bertutup, "ada orang dekat tandas ni" bisik hati kecil saya.


    Belum selesai saya melepaskan hajat, ada suara dari tandas sebelah kanan tadi " haa.. cam mana sekarang?". Aku kagum ada juga orang peramah sebegitu, aku bukanlah orang yang minat berbual dengan orang yang tidak dikenal. Namun untuk tidak menghampakan saya jawap juga lah "ok lah sikit bang".

    "Lepas ni ko nak pergi mana", tanya orang sebelah lagi. Aku pun membalas " tak pasti nak pergi mana lagi bang pasni". Walaupun aku dah mula rasa pelik semacam. "Habis kau nak gerak bila ni?" tanya orang sebelah lagi. Aku pun menjawap " lepas dah sudah ni, baru aku gerak".

    Pastu aku dengar lagi orang sebelah itu berkata " aku call kau balik la pasni, tiap kali aku tanya kau, ada mamat bodoh sebelah aku ni, tiap kali tanya kau dia yang jawap!".

    P/S: Moral dari cerita ni, tiap kali ada orang berborak jangan menyampuk hehe..

    Lawak Siput Babi - Akibat Terlalu Banyak Bertanya

    Anak-anak yang cerdik adalah anak-anak yang banyak bertanya semasa kecilnya, sebab itu anak yang bertanya mesti di layan sepenuhnya untuk membantu perkembangan otaknya.


    Namun sanggupkah anda melayan karenah anak anda yang terus-terusan bertanya benda yang sama? Lebih-lebih di bulan puasa ni, tentunya menguji kesabaran anda sebagai seorang ayah atau ibu.

    Boleh tonton video siput babi dibawah ini dan pastikan tengok sampai habis dan jangan membuat andaian awal. Lawak dan penuh kelucuan karenah si ayah melayan anaknya.

    P/S: kesabaran amat diperlukan di sini..


    Perbezaan Antara lelaki Kacak Dan Lelaki Kurang Kacak Dari Kacamata Wanita

    Tahukah anda perbezaan antara lelaki kacak dan hodoh atau lebih sedap digunakan perkataan kurang kacak? Baik dibawah ini beberapa perbezaan antara lelaki kacak dengan kurang kacak.

    Gambar hiasan bukan gambar admin :)

    1) Lelaki kacak kalau pendiam perempuan akan cakap "puyoo!! cool la lelaki ni" namun lelaki kurang kacak kalau pendiam perempuan akan cakap " ala!! berlagak macam bagus".

    2) lelaki kacak kalau buat jahat perempuan akan kata " tiada orang yang sempurna dalam dunia ni" namun lelaki kurang kacak kalau buat jahat perempuan akan kata " tengok muka dah tahu, muka pecah rumah".

    3) lelaki kacak kalau tolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata " mungkin ini jodoh aku kot" namun lelaki kurang kacak kalau tolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata " entah-entah diorang ni berpakat".

    4) Kalau lelaki  kacak kahwin dengan perempuan cantik, perempuan akan kata " sepadan macam pinang di belah dua". namun lelaki tidak kacak kalau kahwin dengan perempuan cantik, perempuan akan kata "guna bomoh boleh la".

    5) Kalau lelaki kacak bawa BMW perempuan akan kata " cantik kereta abang". Namun kalau lelaki kurang kacak bawa BMW perempuan akan kata " bang, bosnya ada".

    6) Kalau lelaki kacak tidak mahu ambil gambar, perempuan akan kata " dah la kacak low profile pula tu". Namun kalau lelaki kurang kacak tidak mahu ambil gambar perempuan akan kata " mungkin takut gambarnya tersebar".

    7) kalau lelaki kacak menuang air di gelas wanita, perempuan akan kata " ini barulah lelaki romantik". namun jika lelaki kurang kacak menuang air di gelas wanita, perempuan akan kata " memang ada naluri seorang pembantu".

    8) Lelaki kacak kalau bersedih hati perempuan akan kata " abang jangan bersedih, cerita semua masalah kat saya". namun lelaki kurang kacak kalau bersedih hati perempuan akan kata " ni apa nanggis-nanggis ni, macam perempuan!".

    P/S: Admin nak sangat jadi lelaki kacak haha..

    Bahana Mencuri Selipar

    Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Dekat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kahwin-kahwin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). 



    Ali ni jenis yang 'slow' sikit. Jadi, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....

    Ali ni pergi masjid untuk sembahyang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, sembahyang dia tak pernah tinggal. Lepas habis sembahyang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. 


    Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu hilang. Puas dia cari pun tiada juga. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.

    Tanpa segan silu, dia pun pergi dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, 


    " kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "
    Semua orang yang mendengar tetiba jadi takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal je jadi incredible hulk hehe. 

    Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesiapa yang curi selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalau tak..aku akan buat macammana yang bapa aku buat!!!"

    Pelan-pelan, orang yang mencuri selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau - gurau je". Kata si pencuri itu.


    Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus menghilangkan diri cepat-cepat. Mungkin terlalu takut. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalau budak tu tak pulangkan selipar engkau tadi, engkau nak buat apa? Apa yang bapa engkau lakukan?"


    Dengan suara dan wajah yang poyo Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.

    Pak Pandir Si Orang Kaya Baru

    Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.




    Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

    Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

    Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

    "Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

    Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

    "Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."


     

    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger