! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Panas! Gambar Promosi Vikingdom Terima Komen Negatif

Panas! Gambar Promosi Vikingdom Terima Komen Negatif

Written By Unknown on Thursday 29 August 2013 | 13:07

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi filem tempatan bertaraf antarabangsa terbitan KRU Studios akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapore , Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.


Jadi bagi membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai filem ini, isteri kepada Yusry, Lisa Surihani turut sama membantu mempromosikan Vikingdom dengan berkongsi gambar-gambar promo di laman Instagram miliknya.


Namun begitu, lain yang diharap lain pula yang diterima apabila terdapat segelintir pengikut Lisa di Instagram telah mengkritik gambar promo yang dianggap poster itu.

Bagaimanapun melalui respon Lisa, pelakon itu seolah-olah hairan mengapa ramai yang menjadikannya sebuah isu besar sedangkan ianya bukanlah sekeping poster seperti yang difikirkan.



Tidak kisahlah ianya poster ataupun tidak, tapi saya berpendapat bahawa gambar-gambar promosi yang digunakan untuk sesebuah filem atau karya lain haruslah menarik minat orang yang melihatnya.


Apapun, jom tengok beberapa keping lagi foto yang dikongsikan oleh Lisa dan kemudian anda nilailah sendiri tahap kualitinya. Mungkin bagi orang lain, ianya sudah cukup baik. Al-maklumlah, manusia kan mempunyai pendapat yang berbeza-beza.



Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger