! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :

    Rakan OhhYeKe

    5 Cerita Antara Cikgu Berahim Dan Man Dol

    Bahagian I
    Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. 



    Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


    Bahagian II
    Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kepada murid-muridnya.

    Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?


    Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,


    Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
    Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.



    Bahagian III
    Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...


    Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?


    Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.


    Cikgu : Mana tepungnya??


    Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke ape??
     


    Bahagian IV
    Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

    Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?


    Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.


    Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

    Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?


    Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!


    Cikgu : Allahhuakbarr!!!



    Bahagian V
    Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?


    Joe : Untuk mencari makanan, cikgu


    Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?


    Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.


    Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

    Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...


    Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


    Sekitar Majlis Persandingan Abby Abadi Dan Farhan

    Gambar majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan. Khabarnya, satu majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan telah berlangsung sekitar petang Ahad, 1 September 2013 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Apapun, majlis berkenaan bukanlah resepsi penuh perkahwinan pasangan romantik itu, cuma untuk meraikan pengantin baru bersama acara rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.


    Gambar di’atas diambil oleh rakan media, Media Hiburan yang berkesempatan hadir ke majlis pasangan Abby Abadi & Farhan yang telah berlangsung di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.


    Seperti beberapa keping gambar yang admin sertakan di bawah, bekas pelakon Abby Abadi dan Farhan dilihat sangat bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Jadi, tahniah admin ucapkan, semoga penyatuan dua hati ini akan membentuk sebuah keluarga besar pada masa akan datang.
     



     
     
     

    Hari Perkahwinan Zain Rozita Hampir Tiba, Zain Tertekan

    Pejam celik pejam celik sudah bulan September rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang yang pastinya berdebar-debar ialah Zain Saidin yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Rozita Che Wan pada hujung tahun ini. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, Zain mengakui dirinya makin tertekan.


    Sesiapa yang jadi Zain pun confirm akan tertekan juga. Iyerlah, bini orang popular. Siapa yang tak nak tengok perkahwinan Rozita Che Wan kan? Pasti semua ternanti-nanti dan sudah membayangkan betapa meriah majlis tersebut. Kata Zain:-
    Orang di luar sana termasuk peminat menjangkakan sesuatu yang besar termasuk mengharapkan perkahwinan kami nanti jadi gah. Jadi saya sudah membuat persiapan untuk memastikan majlis itu nanti meriah dan memberi keselesaan kepada tetamu yang datang.Tidak kurang ada yang mengusik saya berkahwin dengan Rozita seperti menjerat diri kerana perlu menyediakan perbelanjaan besar. Insya Allah saya cuba yang terbaik untuk mengabadikan majlis kahwin kami nanti nampak sempurna di mata khalayak.
    Ala Zain tak payah nak stress sangat atau tertekan. Rilek jer. Lagipun majlis perkahwinan anda kan sudah banyak tajaan. Jadi bab keluarkan belanja, tak perlu nak fikir dah. Cuma kena fikirkan persiapan daripada segi mental dan fizikal buat diri anda sahaja. Hidup lepas berkahwin memang berbeza ketika bercinta. Semoga Zain sudah bersedia sepenuhnya.

    Akuarium Paling Kecil Di Dunia Yang Pernah Dicipta

    Hasil kraftangan Anatoly Konenko membuat akuarium yang paling kecil di dunia. Satu kiub kaca berukuran 30 x 24 x 14 mm, dipenuhi dengan batu warna-warni  dan pasir, mengandungi 10 ml air untuk ikan kecil. 

     
    Ia juga mempunyai air penapis pembersihan untuk menyimpan air yang sihat untuk ikan. Hanya ikan kecil boleh dimuatkan di dalam kiub  akuarium terkecil di dunia ini.
    Anatoly Konenko telah berjinak-jinak dengan hasil kraftangan mikro-miniatur ini sejak 30 tahun yang lalu dan ia juga dikatakan penghasil kraftangan utama di Siberia. Antara hasil kraftangan yang pernah dibuatnya ialah menulis pada butir padi, biji popi bahkan rambut manusia juga. Menarik bukan?


    Dibawah ini dikongsikan beberapa gambar akuarium dari sudut pandangan yang lain.









    Shuib (Sepahtu) Puji Sikap Jepp Tidak Lupa Diri

    Pelawak Shuib (Sepahtu) mengakui tersentuh dengan keperibadian rakan kumpulannya iaitu Jepp yang sentiasa bersikap rendah diri dan tidak lupa mengingati asal-usul mereka.

    Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, Jepp sering menasihatkan dirinya tentang kehidupan sebagai artis hanyalah satu kerjaya untuk mereka mencari rezeki semata-mata.

     
    “Secara jujurnya saya tersentuh dengan keperibadian Jepp yang sentiasa beringat tentang keluarga di kampung.

    “Apa pun kerjaya yang dilakukan bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi kerana tanggungjawab terhadap ibu-bapa dan adik-adiknya.

    “Dia juga tidak pernah belanja berlebih-lebihan, berhibur atau beli barangan yang mahal-mahal,” katanya kepada portal hiburan Malaysia mStar Online.

    Tambah Shuib, sejak bergelar artis, Jepp antara orang yang banyak menegurnya tentang tanggungjawab kepada keluarga dan agama.

    “Saya suka perjalanan hidup dia yang teratur, dia juga selalu nasihatkan saya tentang kewajipan melakukan sembahyang dan puasa.

    “Dia kata, selagi kita berada di landasan yang betul, kita boleh berjaya,” katanya.

    Shuib berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan dan rezeki sahabatnya itu.

    “Saya bersyukur dengan apa yang dia dapat sekarang, rezeki dia juga semakin bertambah, pada saya dia adalah contoh artis yang baik,” katanya.

    Nora Danish Nak Jadi Penyanyi Pula


    Nama Nora Danish di dalam industri hiburan memang sudah dikenali kerana bakat lakonannya yang mantap dan berkesan, lebih-lebih lagi jika membawa watak perempuan lemah yang selalu ditindas. 

    Namun begitu, dalam kesibukan Nora menjalani penggambaran filem dan drama, rupanya secara diam-diam pelakon itu juga menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi. Betul ke?

     
    Memang betul, tetapi ia hanyalah di dalam sebuah iklan terbaru Petronas berjudul Life Choices yang baru sahaja selesai sesi penggambaran di Kuala Lumpur malam tadi.

    Sepanjang sesi penggambaran itu, Nora sering berkongsi foto-foto yang menunjukkan dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas sambil bermain gitar.

    Melalui foto tersebut, memang nampak gaya Nora seperti penyanyi professional tetapi ramai yang bertanya adakah Nora benar-benar menyanyi di dalam iklan tersebut ataupun cuma berlakon sahaja? Namun perkara itu masih menjadi misteri buat semua.

    Dalam pada itu, pelakon yang sebelum ini terkenal dengan jolokan Ji Hyo Malaysia, kini mendapat gelaran baru apabila salah seorang peminat menyatakan Nora seiras dengan Vanessa Hudgens selepas melihat foto di bawah.



    Nak tahu Nora boleh menyanyi ataupun tidak? Sama-samalah kita tunggu kemunculan iklan itu nanti ya. Saya pun teringin nak mendengar suara pelakon cantik ini.

    Sebelum itu, jom layan beberapa keping foto yang sempat dirakam oleh Nora semasa proses penggambaran iklan Petronas semalam.





















    Takkan La Nak Pakai Baju Kelawar Pula Fida Ibrahim

    Semalam blog ini telah kongsikan beberapa keping foto Fida Ibrahim yang dilihat sedang memakai pakaian ketat sehingga penampilan tersebut mengundang kritikan serta makian daripada segelintir pengikutnya.


    Berikutan isu itu, Fida akhirnya tampil memberi penjelasan dan menerangkan kepada umum mengapa dia memuat naik foto sebegitu di laman sosialnya dua hari lepas.

    Bercakap kepada sebuah portal berita hari ini, Fida telah menegaskan bahawa foto tersebut diambil ketika dia sedang menjalankan sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah produk pelangsingan badan dan secara kebetulan dia turut dilantik sebagai duta produk tersebut.
    Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjuk hasilnya.
    Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?

    Fida tidak salahkan peminat yang mengutuk dirinya.Mengulas lebih lanjut mengenai segala kutukan serta kata-kata kesat yang dilemparkan oleh peminat terhadap dirinya, penyanyi ini dilihat lebih selesa untuk memandang perkara tersebut daripada sudut positif dan langsung tidak menyalahkan mereka 100%.


    Masa saya upload gambar tu di Instagram, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat dah tersalah anggap.
    Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu.
    Susulan daripada insiden tersebut, Fida akui akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaian serta foto-foto yang bakal dimuat naik di laman sosial dan menjadikan ini sebagai satu pengajaran yang besar buat dirinya.



     

    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger