! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :

    Rakan OhhYeKe

    Showing posts with label sukan. Show all posts
    Showing posts with label sukan. Show all posts

    Isu ‘Cap Ayam’, JoHaRa Minta Maaf kepada Orang Sarawak

    Jika ada antara anda yang mendengar ERA fm ataupun peminat pasukan bola sepak Malaysia, pastinya anda tahu mengenai kisah keterlanjuran JoHaRa yang menyatakan pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’ beberapa hari lepas.


    Akibatnya, penyampai-penyampai radio itu yang terdiri daripada Johan, Haniff dan Ray telah menerima pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh sekiranya mereka menjejakkan kaki ke Sarawak.

    JoHaRa bagaimanapun menyedari kesilapan mereka dan telah memohon maaf secara terbuka menerusi satu pengumuman khas yang dibuat dalam segmen JoHaRa Pagi Era semalam.

    Melalui pengumuman itu, ketiga-tiga mereka menyatakan permohonan maaf dibuat dengan seikhlas hati selain tiada niat menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.



    Selain daripada penduduk Sarawak, JoHaRa turut dikecam oleh sebahagian penduduk dari negeri lain yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

    Namun dengan permohanan maaf yang telah dibuat ini, harapnya keadaan kembali pulih dan semoga JoHaRa menjadikan insiden ini sebagai panduan mereka di masa akan datang.

    Gara-Gara Komen Cap Ayam Johara Di Ancam Bunuh Oleh Peminat Bola Sepak Sarawak

    Amboi. Memang agak fanatik juga peminat bola sepak Sarawak ini. Namun saya memahami isi hati mereka. Memang terbakar juga hati apabila pasukan yang kita sokong digelar “cap ayam”. 


    Itu yang Johara Pagi Era diancam bunuh sekiranya mereka berkunjung ke Sarawak. Seram jugak kan?

    Ancaman ini terjadi selepas krew pagi Era iaitu Johan, Hanif dan Ray memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti. 



    Mereka juga menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

    Ketiga-tiga mereka telah pun dipanggil oleh pihak pengurusan radio Era dan diarahkan untuk membuat permohonan maaf pada minggu hadapan. 


    Diharap selepas ini, Johara akan lebih berhati-hati di dalamisu-isu sensitif sebegini. Walaupun kita mengerti mereka hanya melawak, tetapi biasalah ada pihak yang emosinya lebih sedikit. Sama-samalah kita ambil pengajaran.

    Pertemuan Harimau Malaya Melawan Barcelona FC

    Kepada semua peminat-peminat bola tanahair, jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya melawan Barcelona FC pada 10 ogos ini bersamaan aidilfitri yang ketiga.

    Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Buki Jalil ini, bermula pada pukul 8.45 malam dijangka akan di hadiri oleh seramai 80000 orang penonton, yang mana 8000 daripadanya adalah peminat pasukan gergasi sepanyol.


    Penganjur, Malaysia Major Events, berkata acara itu bukan sahaja menampilkan aksi lagenda bola sepak tetapi juga tarikh diatur semasa sambutan Aidilfitri membolehkan pelawat asing didedahkan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.

    Perlawanan ini dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM115 juta kepada ekonomi negara. Disamping itu daapt mendedahkan pemain Malaysia kepada taraf bolasepak kelas dunia.

    Kepada semua peminat, bolehlah datang beramai- ramai memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.

    Apa Sudah Jadi Harimau Malaya Sudah Masa Memecat Raja

    Apa sudah jadi dengan Harimau Malaya? Mungkinkah sudah masanya untuk memecat Dato Raja Gopal sebagai jurulatih pasukan Harimau Malaya? Ini adalah prestasi hambar serta kekalahan yang berterusan Harimau Malaya.

    Bayangkan daripada 12 perlawanan Harimau Malaya hanya menang 2 kali, seri sekali manakala kalah 9 kali. Jika keputusan ini berlaku dalam sesuatu liga, alamatnya kedudukan tercorot adalah jawapannya.


    Rata-rata peminat sudah putus harapan kepada dato Raja Gopal, kerana sedikit kepercayaan yang senantiasa diberikan tidak digunakan sebaiknya oleh Dato Raja Gopal.

    Memang itu hanyalah perlawanan persahabatan, namun kekalahan berterusan sedikit sebanyak dapat memudarkan semangat pasukan Harimau Malaya.

    Bekas pemain kebangsaan menyifatkan kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-5 kepada kelab kedua tercorot J-League 1, Shonan Bellmare dalam aksi persahabatan kelmarin, sebagai satu tragedi bola sepak tanah air.

    Jika sebelum ini kita kalah dengan Chelsea, walaupun kecewa namun sememangnya kita akui Chelsea adalah pasukan yang bukan calang-calang kerana tahun lepas Chelsea adalah pasukan yang menjuarai liga juara-juara eropah menewaskan pasukan Barcelona.

    Namun kalah dengan pasukan tercorot dengan jaringan yang cukup besar amat lah memalukan dan tidak salah rasanya jika masa ini Dato Raja Gopal turun dari takhta atau masihkah anda ingin memberikan satu lagi peluang??

    P/S: Tepuk dada tanya selera.

    Komen-Komen Peminat Atas kekalahan Harimau Malaya Menentang Chelsea

    Dibawah ini saya lampirkan semua komen-komen peminat yang kecewa akan kekalahan Malaysia menentang Chelsea pada ahad lepas. Saya ambil sebanyak mungkin, namun komen-komen yang tidak mengunakan kata-kata kesat, almaklumlah bulan puasa.



    Komen-komen ini saya ambil dari media-media tempatan serta forum-forum yang popular di Malaysia. Ada antara komen ini yang saya rasa betul dana ada juga yang merapu. tidak kisah janji komen dari peminat setia yang sayangkan pasukan Harimau Malaya ini.
    Naufara junny "Tak pe lah..kite tahu tahap pmain2 kita cm mna.. Ape2 pun tahniah harimau malaya dah buat yg terbaik..:)"
    Awang din abd hamid "Tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Malaya tidak mewakili Sabah dan Sarawak sebab tu tiada semangat patriotik. Anak Sabah dan Sarawak ramai juga yang hebat. Kuku Harimau Malaya perlu diasah kerana dah tumpul.Taring pun dah patah. Fikir-fikirkan lah."
    Keneddy gurongot "sudah tiba FAM buat transformasi....pemain nasional perlu rombak...jgn hrp lg pemain yg sudah tumpul spt safee, safiq, norsharul,...ramai lg pemain yg makin meningkat....harap pengalaman pun mereka dah tumpul.....skuad budak FRENZ UNITED lg hebat main atas padang....lg best dr team kebangsaan....bola sepak akan maju jika mentaliti menang dalam friendly match tinggi...bukan spt RG selalu kata menang tidak penting...."
    Evaristus 4991 "Hebat juga tu, dapat 1 gol dan hampir 2.namun masih banyak yang perlu diperbaiki terutama semangat melawan"
    Roti Pisang "walaupun berpuasa pada siangnya, dapat jugak tembus benteng Chelsea dengan 1 gol malah hampir² dapat 2 gol lagik... teruskan usaha dan tingkatkan skil masing² utk Piala Asia nanti..."
    skygun "4 -1 ?????? .pilihan thailand kena 1-0...pasni tgk pilihan indon plak. baru kite tahu dimana letaknya level bolasepak harimau malaya kita."
    Ni admin kongsikan komen Jose Mourinho ini dibuat dalam temubual bersama Chelsea TV.
     "Inikah skuad kebangsaan Malaysia? Ada sebahagian pemain yang mempunyai potensi dan mampu diserap ke dalam akademi bolasepak. Malaysia sangat bernasib baik kerana kami tidak beraksi dengan keupayaan sepenuh kami. Bukan kerana kami ingin memperlekehkan skuad Malaysia namun gaya permainan mereka sangat mengecewakan dan lemah. Kami menghormatinya dan hanya bermain seperti biasa sahaja" 
    "Saranan saya kepada jurulatih Malaysia (Rajagopal), pilihlah pemain mengikut potensi mereka dan bukan mengikut prestasi lampau mereka. Agak lucu apabila saya tidak faham langsung dengan cara pemainan mereka (Malaysia). Jadi bermain seperti biasa adalah pilihan yang lebih baik".Jose Mourinho
    P/S: Komen hanya komen apa yang penting bagaimana untuk memulihkan pasukan Harimau Malaya. Ukuran sebenar piala asia nanti.

    Dah Agak Kekalahan Pasukan Harimau Malaya

    "Kalah lagi, dah agak dah!" begitu lah bicara yang bermain di kabanyakkan bibir peminat bolesepak Malaysia. Bukan nak salahkan peminat, tetapi disebabkan prestasi harimau Malaya yang sedikit menurun sejak kebelakangan ini.



    Mungkin tidak adil untuk salahkan Dato Rajagopal kerana Chelsea bukan lah calang-calang pasukan, namun harapan tinggi peminat terhadap pasukan kesayangan mereka Harimau Malaya tidak harus dipinggirkan walau sehebat manapun pasukan lawan.

    *Lintas langsung perlawanan Chelsea menentang Harimau Malaya

    Kekalahan Malaysia 1 berbalas 4 terhadap Chelsea sekali lagi mencalar hati peminat. Dengan gol awal Chelsea dijaringkan Bertrand Traore, Dikuiti gol kedua oleh voley De Bruyne minit ke 28. Gol ketiga oleh Lukaku yang berjaya meloloskan diri dari perangkap ofsaid dengan tenang meyudahkan gol dipenghujung separuh masa pertama.

    Dipenghujung masa kedua Chelsea menambah gol ke 4 oleh Moses pada minit ke-88 dan diikuti gol saguhati Malaysia dari Fadhli Shas hasil sepakan percuma Safiq Rahim pada masa kecederaan sebelum perlawanan berakhir.

    Selepas ini perlawanan persahabatan yang berlangsung adalah antara Malaysia menentang Barcelona. Satu lagi pasukan eropah yang terlalu kuat dan rata-rata pemainnya adalah dari pasukan Spain yang Menjuarai piala dunia 2010 dan EURO 2012.

    Takut jika difikirkan, jangan nanti Malaysia langsung tidak dapat sentuh bola. Harap Dato Rajagopal memikirkan sesuatu buat pasukan Harimau Malaya sebelum perlawanan menentang Barcelona FC ini.

    P/S: Harap Harimau Malaya menjadi harimau sejati melawan Barcelona. Jangan takut untuk berdepan dengan pasukan gah ini.
     

    Jangan Lupa Chelsea Bertemu Harimau Malaya Ahad Ini

    Kepada semua peminat pasukan Harimau Malaya, jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan yang tentunya di tunggu-tunggu oleh peminat chelsea khususnya iaitu pertembungan buku dengan ruas chewahh hehe.. Chelsea bertemu Harimau Malaya esok ahad 21hb julai 2013.



    Chelsea yang juga juara EPL musim 2012/2013 dalam jelajah Asia Tournya sekali lagi memilih Malaysia sebagai lawannya sebelum memulakan kempen musim depan.

    Walaupun Malaysia bukan saingan kelab sehebat Chelsea, namun Chelsea tetap tidak memandang rendah keupayaan Malaysia dan berjanji akan menurunkan pasukan hebat mereka.

    Apa yang menarik kali ini, Chelsea di terajui semula oleh bekas pengendali mereka tahun 2004-2007 iaitu Jose Mourinho setelah kontrak Benitez tamat.

    Kepada semua peminat Chelsea dan Harimau Malaya jangan lepaskan peluang ini esok bagi menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Kepada enda yang tidak dapat tiket bolehlah menonton dirumah bertemankan astro, tidak pasti channel yang mana.

    P/S: Admin hanya dapat menonton dirumah.


    Remaja Kejar Bas Arsenal Sejauh 5KM

    Kalau sudah terlalu minat apa pun kita sanggup lakukan, begitulah hal nya bila seorang remaja Vietnam ini yang sanggup berlari sejauh 5 KM semata-mata ingin mengejar bas pasukan bola EPL kegemarannya iaitu Arsenal yang membuat jelajah Asian tour di sana.



    Walaupun terlalu penat, namun niat tersebut di teruskannya dan sebagai balasan dia dapat menaiki bas tersebut seterusnya beramah mesra dengan ke semua pemain Arsenal.

    Admin bukanlah peminat Arsenal, namun cemburu juga lah pasal bukan senang untuk berjumpa semua pemain bolasepak EPL sebegitu. Betul la kata pepatah hendak seribu daya. Boleh tengok youtube dibawah ini:


    Demam Piala Dunia 2014 Brazil

    Tinggal setahun lagi sebelum demam piala dunia 2014 bermula. Setakat ini 5 negara sudah mengesahkan tempat di pusingan akhir piala dunia termasuk tuan rumah iaitu Brazil.



    Negara-negara yang sudah mengesahkan tempat adalah dari zon Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Iran dan Australia yang layak secara automatik kerana menduduki 2 tempat teratas dalam zon kelayakan tersebut.

    Kini hanya tinggal 27 slot sahaja lagi untuk di isi dari senarai 32 negara. Mungkinkah negara-negara yang gah seperti England, Jerman, Itali, Holland, Spain dan lain-lain juga berjaya atau kecundang di tengah jalan. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat kerana kelayakan ini akan berakhir  di penghujung 2013.

    P/S : Admin sudah tidak khuatir kerana pasukan pilihan admin Brazil sudah menempatkan diri secara automatik haha..

    Tawaran Lumayan Untuk Ronaldo - Manchester City

    LONDON - Manchester City bersedia menawarkan berapa saja jumlah yang diminta Real Madrid demi mencantas percubaan Manchester United mendapatkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

    City sedia mengemukakan tawaran yang mampu memecah rekod dunia untuk menarik Ronaldo ke Etihad sekiranya Real mahu melepaskannya.City memberitahu wakil Ronaldo mereka bersedia untuk mengatasi apa saja tawaran yang dikemukakan oleh United. 


    Ini bermakna City sedia membayar lebih 300,000 pound (RM1.43 juta) seminggu untuk mendapatkan Ronaldo.

    Sejak lima bulan lalu, United cuba membawa pulang pemain sayap berusia 28 tahun itu ke Old Trafford.
    City berdepan halangan besar untuk mendapatkan Ronaldo, namun akhbar Britain, Daily Star melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah kelab, Ferran Soriano serta Txiki Begiristain serius untuk mendapatkan bekas Pemain Terbaik Dunia itu. 

    Malah mereka telah memberitahu wakil Ronaldo, jika Real bersedia membuka rundingan maka mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkan pemain tersebut dan mengecewakan United. 
     "City bercadang untuk mengemukakan tawaran yang mampu memecah rekod bagi menarik bintang Real Madrid, Ronaldo,"
    Pengerusi City, Sheikh Mansur juga telah memberitahu Soriano, seandainya Ronaldo berada di pasaran, mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkan tandatangan pemain itu. 

    Ronaldo masih berbaki dua tahun kontrak bersama Real dan walaupun terdapat dakwaan bahawa pemain itu sudah hampir menandatangani kontrak baharu, namun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Real mengenai penawaran kontrak rasmi. 

    United amat yakin mereka boleh membawa pulang Ronaldo ke Old Trafford, namun langkah lewat minit yang dilancarkan City semalam pasti menimbulkan kebimbangan. 

    Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini menjadi satu-satunya kelab yang menimbulkan kerisauan United, namun tawaran 55 juta pound (RM262 juta) yang dikemukakan pasukan kaya Perancis itu minggu lalu telah ditolak oleh Real. 

    PSG bersedia untuk mengemukakan tawaran yang lebih lumayan, namun Ronaldo dikatakan lebih berminat untuk kembali ke Liga Perdana seandainya dia meninggalkan Bernabeu. 

    United menjual Ronaldo dengan bayaran rekod dunia 80 juta pound (382 juta) pada 2009, namun kini mereka bersedia mengeluarkan sekurang-kurangnya 70 juta pound (RM334 juta) untuk mendapatkan semula pemain sayap itu.

    Sumber: Utusan Malaysia



     

    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger