! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :

    Rakan OhhYeKe

    Showing posts with label video. Show all posts
    Showing posts with label video. Show all posts

    Akuarium Paling Kecil Di Dunia Yang Pernah Dicipta

    Hasil kraftangan Anatoly Konenko membuat akuarium yang paling kecil di dunia. Satu kiub kaca berukuran 30 x 24 x 14 mm, dipenuhi dengan batu warna-warni  dan pasir, mengandungi 10 ml air untuk ikan kecil. 

     
    Ia juga mempunyai air penapis pembersihan untuk menyimpan air yang sihat untuk ikan. Hanya ikan kecil boleh dimuatkan di dalam kiub  akuarium terkecil di dunia ini.
    Anatoly Konenko telah berjinak-jinak dengan hasil kraftangan mikro-miniatur ini sejak 30 tahun yang lalu dan ia juga dikatakan penghasil kraftangan utama di Siberia. Antara hasil kraftangan yang pernah dibuatnya ialah menulis pada butir padi, biji popi bahkan rambut manusia juga. Menarik bukan?


    Dibawah ini dikongsikan beberapa gambar akuarium dari sudut pandangan yang lain.









    Selamat Hari Kemerdekan Yang Ke 56

    Masih terngiang-ngiang lagi laungan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan MERDEKA. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 tahun buat Malaysia dan rakyat-rakyat Malaysia. Saya bangga jadi rakyat malaysia. Saya beruntung dapat hidup dibumi malaysia yang aman dan damai.
     
     
    Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua pembaca blog ini. Apa rancangan yang anda dan keluarga aturkan sempena cuti kemerdekaan?  Kalau ada yang hendak berjalan jauh tu harap berhati-hati ye. Mungkin ada yang tak ke mana bolehlah menonton tv, tentunya banyak siaran menarik yang disediakan :-).

    Akhir kata dari saya agar keharmonian negara kita Malaysia terus kekal sampai bila-bila. Jom layan lagu kemerdekaan di bawah ini :


    Filem The Conjuring Seram Dan Menakutkan

    Sudahkah anda menonton cerita " The Conjuring "? Sebenarnya cerita ini telah memulakan tayangan pada 1hb Ogos lalu, namun yang hebatnya setelah 18 hari tayangan, sehingga ke hari ini 18hb ogos, panggung tetap penuh dengan penonton. 


    Ini yang membuatkan saya tertarik untuk menonton cerita seram ini disebabkan sambutan yang agak luarbiasa dari orang ramai. Masa hendak membeli tiket sekali lagi saya terkejut, sebab hampir-hampir duduk depan layar panggung.. panggung penuh hehe.. Wow! hebat sangat ke cerita The Conjuring ni?


    Lepas habis tayangan, wow!! patut pun penuh panggung, ternyata cerita The Conjuring seram dan menakutkan. Patut pun ianya diketegorikan tayang untuk 18 tahun ke atas sahaja. 

    Cerita The Conjuring adalah berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh pasangan suami isteri penyiasat aktiviti paranormal iaitu Ed dan Lorraine Warren. 

     
    Kedua-dua penyiasat ini adalah yang terkenal dan tersohor dizamannya yang telah banyak menyelesaikan kes-kes paranormal ketika itu. Satu kes yang paling menakutkan dan telah lama dirahsiakan oleh pasangan ini iaitu The Conjuring.

    Kisahnya penyiasat aktiviti paranormal iaitu Ed dan Lorraine Warren telah dipanggil membantu satu keluarga yang telah diganasi oleh hantu di sebuah rumah terpencil yang baru di diami oleh mereka.


    Ed dan Lorraine terpaksa menghadapi hantu dan kuasa jahat yang sungguh kuat dimana mereka mendapati diri mereka juga terperangkap sama dengan keluarga tersebut. Ini pengalaman mereka yang paling menakutkan dalam hidup dan kerjaya mereka seumur hidup.

    P/S : Nasihat saya jangan tengok cerita ini berseorangan, takut nanti anda tidak dapat melelapkan mata semalaman hehe..

    Permodenan Masjidil Haram Di Mekah Termasuk Kaabah

    Kerajaan Arab Saudi kini sedang sibuk membuat projek mega bagi memodenkan dan membesarkan sebanyak 400,000 meter persegi Masjidil Haram di Mekah bagi menampung jemaah haji setiap tahun. 

    Buat masa ini jemaah haji yang dapat ditampung adalah sebanyak 6 juta orang, namun peluasan ini nanti membolehkan pertambahan jemaah haji sebanyak 4 juta orang yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 juta orang.

    * Gambaran Masjidil Haram Tahun 2020, Betul Ke? 

    Berapa banyak kos terbabit dan jangkamasa siapnya projek ini tidak dapat dipastikan kerana melibatkan fasa demi fasa yang mana setiap satu tidak dapat dipastikan.

     * Kerja pembinaan di masjidil Haram dari jauh

    Masjidil Haram merupakan kota tertua di rantau ini, akan menyaksikan pemodenan yang berterusan kerana menjadi tarikan 6 juta orang jemaah yang memasuki mekah setiap tahun. 

    * Kerja pembinaan di Masjidil Haram dari tepi

    Selesai sahaja projek mega di Masjidil Haram ini, pembangunan selepas itu adalah secara berterusan yang akan menyaksikan bangunan pencakar langit, jalan keretapi dan jalan raya yang lebih tersusun. Dijangkakan juga mekah akan ada 130 buah bangunan pencakar langit tidak lama lagi.

    * Kerja pembinaan di Masjidil Haram dari dekat

    Masjidil Haram yang binaannya mengelilingi Kaabah, telah wujud lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Di zaman rasullullah Masjidil Haram dan Kaabah dibersihkan dari pastung dan berhala. Sejak dari itu juga Masjidil Haram telah melalui banyak perubahan dan pengubahsuaian sehingga kini.

    *Gambar terkini projek dari dalam masjidil Haram sekitar kaabah

    Penghujung pada projek ini nanti adalah pembinaan jejambat mega di kaabah untuk pejalan kaki serta mempunyai lebih ruang teduh untuk jemaah haji dari sinaran terik matahari. Boleh tonton youtube di bawah projek mega yang akan dibina di kaabah.



    Syabas kepada kerajaan Arab Saudi yang telah melaburkan berbillion-billion dolar bagi memberikan lebih keselematan dan keselesaan kepada jemaah haji dan umrah di seluruh dunia.



     Tahun lepas satu projek mega bernilai 1.8 billion dolar telah dijalankan bagi membina rangkaian keretapi bagi menghubungkan lokasi di sekitar Mekah. Ini adalah kerana kesesakan serius pada musim haji  dan sebab itu projek ini dijalankan terlebih dahulu bagi memberikan keselesaan pada pengangkutan awam.

    *Gambar terkini projek dari dalam masjidil Haram sekitar kaabah

    Satu lagi projek yang telah pun dilancarkan adalah projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain yang akan menghubungkan bandar-bandar suci Mekah dan Madinah dan lain-lain bandar utama.

    Harap paparan ini akan memberikan info terkini perkembangan di Kota Mekah dan membukakan hati pembaca blog ini untuk berkunjung di masjidil Haram Tanah Suci Mekah. 

    P/S: Insyaallah saya akan jadi tetamu Allah pada tahun 2036 setelah berdaftar dengan tabung Haji.

    Awas - Jangan Tekan Butang Merah Itu

    Game Show Japanese kali ini membawakan anda permainan "Japanese NEW Red Button Prank". Pernah kah anda menontonnya?  Tentu anda tidak kering gusi dan tidak sabar menunggu mangsa menekan butang merah.




    Corak permainannya dimana mangsa yang ingin di kenakan akan dikunci dalam sebuah bilik atau stor atau kedai atau mana tempat juga pun tanpa dapat melepaskan diri.

    Hanya satu tempat keluar adalah melalui butang ( button ) merah yang dibungkus dengan hadiah. Namun jangan sesekali anda menekan butang merah tersebut. Habis kalau tidak tekan macam mana hendak keluar? Maka anda sememangnya tiada pilihan melainkan menekannya.



    Setelah anda menekannya, dalam masa beberapa saat maka akan ada sesuatu berlaku kepada anda. Pastinya sesuatu yang anda tidak dapat jangka. Ada sutu keadaan dimana mangsa sebelum menekan butang merah telah memeriksa sekeliling suapay apa-apa yang berlaku dia dapat pantau. Namun dia juga tidak dapat mengelak dari terkena hukuman akibat menekan butang merah.

    P/S: Tergelak melihat telatah mangsa yang terkena.

    Lawak Siput Babi - Akibat Terlalu Banyak Bertanya

    Anak-anak yang cerdik adalah anak-anak yang banyak bertanya semasa kecilnya, sebab itu anak yang bertanya mesti di layan sepenuhnya untuk membantu perkembangan otaknya.


    Namun sanggupkah anda melayan karenah anak anda yang terus-terusan bertanya benda yang sama? Lebih-lebih di bulan puasa ni, tentunya menguji kesabaran anda sebagai seorang ayah atau ibu.

    Boleh tonton video siput babi dibawah ini dan pastikan tengok sampai habis dan jangan membuat andaian awal. Lawak dan penuh kelucuan karenah si ayah melayan anaknya.

    P/S: kesabaran amat diperlukan di sini..


    Sandiwara Cinta Republik Meletop

    Setiap minggu Admin akan kongsikan lagu-lagu yang menjadi siulan oleh anak-anak muda, lagu yang kerap dimainkan dan popular di stesen-stesen radio dan tentunya lagu kegemaran admin sendiri :) .



    Mungkin ramai yang sudah tahu menyanyikan lagu ini termasuk admin, namun admin percaya ada segelintir pengunjung blog ini yang kurang mendengar musik namun berminat mengunjungi blog ini, harapannya mereka mendengar lagu ini sebagai hiburan dan sebab itu admin kongsikan. Ok tak reason ni? hehe

    Baik untuk hari ini admin akan kongsikan lagu dari kumpulan Republik iaitu "Sandiwara Cinta". Lagu ini sudah mula popular di Malaysia, admin kurang pasti mana rasanya Carta Radio Era telah melonjakkan lagu ini ke tangga yang teratas carta radio mereka.

    Harap anda enjoy mendengarnya..


    Rapiro Robot Di Cipta Untuk Membancuh Kopi

    Kalau sebelum ini kita hanya disediakan dengan mesin pembacuh kopi. Bila mana kita hendak membuat kopi perlu membancuh sendiri kopi tersebut.

    Namun baru-baru ini sebuah Syarikat Jepun telah berjaya mencipta Robot yang di beri nama Rapiro. Rapiro adalah robot kecil yang dicipta khusus untuk membancuh kopi untuk tuannya.
     


    Gambar ini diperolehi dari kosmo.com.my


    Walaubagaimana pun selain membuat kopi sebenarnya Rapiro boleh membuat kerja-kerja lain yang diprogramkan seperti menyapu, menyusun jadual waktu dan memberitahu berkenaan keadaan cuaca.

    Bagaimana Rapiro boleh membuat semua itu? Sebenarnya Rapiro yang comel digerakkan  menggunakan komputer bersaiz kecil hanya sebesar kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

    Robot kecil ini dilengkapi dengan 13 sendi motor untuk membolehnya berjalan dan mengerakkan tangan. Selain itu Rapiro juga dilengkapi dengan mata led dengan sistem kamera yang mampu mengumpulkan data visual untuk pemiliknya.

    P/S: Kalau tengok video di bawah ni, admin rasa air kopi sudah sejuk baru kopi siap. Slow sangat Rapiro ini bergerak. Apa pun teknologi yang boleh dibanggakan.



    Remaja Kejar Bas Arsenal Sejauh 5KM

    Kalau sudah terlalu minat apa pun kita sanggup lakukan, begitulah hal nya bila seorang remaja Vietnam ini yang sanggup berlari sejauh 5 KM semata-mata ingin mengejar bas pasukan bola EPL kegemarannya iaitu Arsenal yang membuat jelajah Asian tour di sana.



    Walaupun terlalu penat, namun niat tersebut di teruskannya dan sebagai balasan dia dapat menaiki bas tersebut seterusnya beramah mesra dengan ke semua pemain Arsenal.

    Admin bukanlah peminat Arsenal, namun cemburu juga lah pasal bukan senang untuk berjumpa semua pemain bolasepak EPL sebegitu. Betul la kata pepatah hendak seribu daya. Boleh tengok youtube dibawah ini:


    Lagu Firman Kehilangan Menambat Hati Pendengar

    Pulang dari kerja saya membuka radio kereta, lagu Firman " kehilangan " sedang berkumandang. Ya lagu yang menarik dan sudah tentu menarik minat saya untuk turut menyanyi.



    Lagu kehilangan nyanyian firman ini sebenarnya telah berjaya menambat sebilangan besar pendengar di Malaysia, oleh sebab itu tiada sebab untuk stesen-stesen radio untuk tidak memainkan lagu tersebut.

    Firman Siagian yang popular melalui Indonesian idol dan bekas penyanyi kumpulan the fly kini bergerak secara solo.Baik tanpa membuang masa dengarkan lagu Firman " kehilangan " melalui youtube dibawah ini. Enjoy!!.


    Lagu Terbaik Dari Pink Just Give Me A Reason

    Video pilihan hari ini adalah lagu dari Pink feat Nate Ruess iaitu Just Give Me a Reason. Lagu ini kini telah meningkat naik carta lagu di semua stesen-stesen radio Malaysia dan luar negara di US khususnya.





    Pihak kami juga menyediakan lirik lagu, sambil anda mendengar boleh nyanyi sekali mengikut setiap bait-bait lirik dibawah. Selamat mendengar! :-)





    "Just Give Me A Reason" (feat. Nate Ruess) 

      Right from the start
    You were a thief
    You stole my heart
    And I your willing victim
    I let you see the parts of me
    That weren't all that pretty
    And with every touch you fixed them

    Now you've been talking in your sleep, oh, oh
    Things you never say to me, oh, oh
    Tell me that you've had enough
    Of our love, our love

    Just give me a reason
    Just a little bit's enough
    Just a second we're not broken just bent
    And we can learn to love again
    It's in the stars
    It's been written in the scars on our hearts
    We're not broken just bent
    And we can learn to love again

    I'm sorry I don't understand
    Where all of this is coming from
    I thought that we were fine
    (Oh, we had everything)
    Your head is running wild again
    My dear we still have everythin'
    And it's all in your mind
    (Yeah, but this is happenin')

    You've been havin' real bad dreams, oh, oh
    Used to lie so close to me, oh, oh
    There's nothing more than empty sheets
    Between our love, our love
    Oh, our love, our love

    Just give me a reason
    Just a little bit's enough
    Just a second we're not broken just bent
    And we can learn to love again
    I never stopped
    You're still written in the scars on my heart
    You're not broken just bent
    And we can learn to love again

    Our tear ducts can rust
    I'll fix it for us
    We're collecting dust
    But our love's enough
    You're holding it in
    You're pouring a drink
    No nothing is as bad as it seems
    We'll come clean

    Just give me a reason
    Just a little bit's enough
    Just a second we're not broken just bent
    And we can learn to love again
    It's in the stars
    It's been written in the scars on our hearts
    That we're not broken just bent
    And we can learn to love again

    Just give me a reason
    Just a little bit's enough
    Just a second we're not broken just bent
    And we can learn to love again
    It's in the stars
    It's been written in the scars on our hearts
    That we're not broken just bent
    And we can learn to love again

    Oh, we can learn to love again
    Oh, we can learn to love again
    Oh, oh, that we're not broken just bent
    And we can learn to love again
     
    Thanks to Kristen berry, Leilani, nahal hashir, Lia Wood, Mary Lou for correcting these lyrics.


     

    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger