! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :

    Rakan OhhYeKe

    Showing posts with label hiburan. Show all posts
    Showing posts with label hiburan. Show all posts

    Sekitar Majlis Persandingan Abby Abadi Dan Farhan

    Gambar majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan. Khabarnya, satu majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan telah berlangsung sekitar petang Ahad, 1 September 2013 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Apapun, majlis berkenaan bukanlah resepsi penuh perkahwinan pasangan romantik itu, cuma untuk meraikan pengantin baru bersama acara rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.


    Gambar di’atas diambil oleh rakan media, Media Hiburan yang berkesempatan hadir ke majlis pasangan Abby Abadi & Farhan yang telah berlangsung di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.


    Seperti beberapa keping gambar yang admin sertakan di bawah, bekas pelakon Abby Abadi dan Farhan dilihat sangat bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Jadi, tahniah admin ucapkan, semoga penyatuan dua hati ini akan membentuk sebuah keluarga besar pada masa akan datang.
     



     
     
     

    Hari Perkahwinan Zain Rozita Hampir Tiba, Zain Tertekan

    Pejam celik pejam celik sudah bulan September rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang yang pastinya berdebar-debar ialah Zain Saidin yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Rozita Che Wan pada hujung tahun ini. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, Zain mengakui dirinya makin tertekan.


    Sesiapa yang jadi Zain pun confirm akan tertekan juga. Iyerlah, bini orang popular. Siapa yang tak nak tengok perkahwinan Rozita Che Wan kan? Pasti semua ternanti-nanti dan sudah membayangkan betapa meriah majlis tersebut. Kata Zain:-
    Orang di luar sana termasuk peminat menjangkakan sesuatu yang besar termasuk mengharapkan perkahwinan kami nanti jadi gah. Jadi saya sudah membuat persiapan untuk memastikan majlis itu nanti meriah dan memberi keselesaan kepada tetamu yang datang.Tidak kurang ada yang mengusik saya berkahwin dengan Rozita seperti menjerat diri kerana perlu menyediakan perbelanjaan besar. Insya Allah saya cuba yang terbaik untuk mengabadikan majlis kahwin kami nanti nampak sempurna di mata khalayak.
    Ala Zain tak payah nak stress sangat atau tertekan. Rilek jer. Lagipun majlis perkahwinan anda kan sudah banyak tajaan. Jadi bab keluarkan belanja, tak perlu nak fikir dah. Cuma kena fikirkan persiapan daripada segi mental dan fizikal buat diri anda sahaja. Hidup lepas berkahwin memang berbeza ketika bercinta. Semoga Zain sudah bersedia sepenuhnya.

    Shuib (Sepahtu) Puji Sikap Jepp Tidak Lupa Diri

    Pelawak Shuib (Sepahtu) mengakui tersentuh dengan keperibadian rakan kumpulannya iaitu Jepp yang sentiasa bersikap rendah diri dan tidak lupa mengingati asal-usul mereka.

    Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, Jepp sering menasihatkan dirinya tentang kehidupan sebagai artis hanyalah satu kerjaya untuk mereka mencari rezeki semata-mata.

     
    “Secara jujurnya saya tersentuh dengan keperibadian Jepp yang sentiasa beringat tentang keluarga di kampung.

    “Apa pun kerjaya yang dilakukan bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi kerana tanggungjawab terhadap ibu-bapa dan adik-adiknya.

    “Dia juga tidak pernah belanja berlebih-lebihan, berhibur atau beli barangan yang mahal-mahal,” katanya kepada portal hiburan Malaysia mStar Online.

    Tambah Shuib, sejak bergelar artis, Jepp antara orang yang banyak menegurnya tentang tanggungjawab kepada keluarga dan agama.

    “Saya suka perjalanan hidup dia yang teratur, dia juga selalu nasihatkan saya tentang kewajipan melakukan sembahyang dan puasa.

    “Dia kata, selagi kita berada di landasan yang betul, kita boleh berjaya,” katanya.

    Shuib berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan dan rezeki sahabatnya itu.

    “Saya bersyukur dengan apa yang dia dapat sekarang, rezeki dia juga semakin bertambah, pada saya dia adalah contoh artis yang baik,” katanya.

    Nora Danish Nak Jadi Penyanyi Pula


    Nama Nora Danish di dalam industri hiburan memang sudah dikenali kerana bakat lakonannya yang mantap dan berkesan, lebih-lebih lagi jika membawa watak perempuan lemah yang selalu ditindas. 

    Namun begitu, dalam kesibukan Nora menjalani penggambaran filem dan drama, rupanya secara diam-diam pelakon itu juga menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi. Betul ke?

     
    Memang betul, tetapi ia hanyalah di dalam sebuah iklan terbaru Petronas berjudul Life Choices yang baru sahaja selesai sesi penggambaran di Kuala Lumpur malam tadi.

    Sepanjang sesi penggambaran itu, Nora sering berkongsi foto-foto yang menunjukkan dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas sambil bermain gitar.

    Melalui foto tersebut, memang nampak gaya Nora seperti penyanyi professional tetapi ramai yang bertanya adakah Nora benar-benar menyanyi di dalam iklan tersebut ataupun cuma berlakon sahaja? Namun perkara itu masih menjadi misteri buat semua.

    Dalam pada itu, pelakon yang sebelum ini terkenal dengan jolokan Ji Hyo Malaysia, kini mendapat gelaran baru apabila salah seorang peminat menyatakan Nora seiras dengan Vanessa Hudgens selepas melihat foto di bawah.



    Nak tahu Nora boleh menyanyi ataupun tidak? Sama-samalah kita tunggu kemunculan iklan itu nanti ya. Saya pun teringin nak mendengar suara pelakon cantik ini.

    Sebelum itu, jom layan beberapa keping foto yang sempat dirakam oleh Nora semasa proses penggambaran iklan Petronas semalam.





















    Takkan La Nak Pakai Baju Kelawar Pula Fida Ibrahim

    Semalam blog ini telah kongsikan beberapa keping foto Fida Ibrahim yang dilihat sedang memakai pakaian ketat sehingga penampilan tersebut mengundang kritikan serta makian daripada segelintir pengikutnya.


    Berikutan isu itu, Fida akhirnya tampil memberi penjelasan dan menerangkan kepada umum mengapa dia memuat naik foto sebegitu di laman sosialnya dua hari lepas.

    Bercakap kepada sebuah portal berita hari ini, Fida telah menegaskan bahawa foto tersebut diambil ketika dia sedang menjalankan sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah produk pelangsingan badan dan secara kebetulan dia turut dilantik sebagai duta produk tersebut.
    Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjuk hasilnya.
    Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?

    Fida tidak salahkan peminat yang mengutuk dirinya.Mengulas lebih lanjut mengenai segala kutukan serta kata-kata kesat yang dilemparkan oleh peminat terhadap dirinya, penyanyi ini dilihat lebih selesa untuk memandang perkara tersebut daripada sudut positif dan langsung tidak menyalahkan mereka 100%.


    Masa saya upload gambar tu di Instagram, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat dah tersalah anggap.
    Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu.
    Susulan daripada insiden tersebut, Fida akui akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaian serta foto-foto yang bakal dimuat naik di laman sosial dan menjadikan ini sebagai satu pengajaran yang besar buat dirinya.

    Kongsi Gambar Berpakaian Ketat Fida Ibrahim Di Kritik Peminat

    Kadang kala pelik dengan artis Malaysia. Walaupun sebenarnya tahu setiap tindak tanduk mereka akan diperhatikan peminat. Lagipun bukannya diorang tak tahu gambar yang bakal dikongsikan boleh mengundang kontroversi, tapi tetap nak kongsi juga. Mungkin ini adalah salah satu teknik untuk mencipta publisiti murahan.


    Contohnya macam si Fida Ibrahim ini. Dah sah-sah baju ketat dan memang tak sedap mata memandang. Awak tu dahlah pakai tudung. Sekali pandang macam ikan duyung pulak. Kalau nak ambik gambar sebegini ambiklah. Namun tak perlu nak share.


    Itu yang sampai peminat-peminat mengkritik habis-habisan. Memang jelas tak sesuai. Diharap Fida lebih berhati-hati di masa hadapan. Bukan semua benda sesuai untuk dikongsi. Mana yang tak bagus tu, simpanlah hanya untuk tatapan peribadi. Tak gitu? 

    Tahniah Syanie Master Chef Bertunang Dengan Nadi putera

    Gambar Pelakon Syanie bertunang dengan Nadi Putera pada 10 Ogos 2013. KEGAGALAN dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.


    Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

    Menurut Syanie, sebelum kata putus dibuat untuk menerima lamaran Nadi, dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.


    “Pertama sekali, saya membuat perbincangan dengan ibu serta adik perempuan mengenai hasrat kami ini. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti pertimbangan terhadap keputusan yang akan dibuat.

    “Lagipun, perkahwinan bukanlah suatu perkara suka-suka dan kami sekeluarga memang mengambil serius mengenainya.

    “Sekiranya saya dan Nadi ditakdirkan berkahwin, sudah tentu saya mengharapkan sebuah hubungan yang kekal sehingga akhir hayat,” ujarnya.


    Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.

    “Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat,” luahnya
     
     
     

    Panas! Gambar Promosi Vikingdom Terima Komen Negatif

    Tinggal beberapa minggu sahaja lagi filem tempatan bertaraf antarabangsa terbitan KRU Studios akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapore , Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.


    Jadi bagi membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai filem ini, isteri kepada Yusry, Lisa Surihani turut sama membantu mempromosikan Vikingdom dengan berkongsi gambar-gambar promo di laman Instagram miliknya.


    Namun begitu, lain yang diharap lain pula yang diterima apabila terdapat segelintir pengikut Lisa di Instagram telah mengkritik gambar promo yang dianggap poster itu.

    Bagaimanapun melalui respon Lisa, pelakon itu seolah-olah hairan mengapa ramai yang menjadikannya sebuah isu besar sedangkan ianya bukanlah sekeping poster seperti yang difikirkan.



    Tidak kisahlah ianya poster ataupun tidak, tapi saya berpendapat bahawa gambar-gambar promosi yang digunakan untuk sesebuah filem atau karya lain haruslah menarik minat orang yang melihatnya.


    Apapun, jom tengok beberapa keping lagi foto yang dikongsikan oleh Lisa dan kemudian anda nilailah sendiri tahap kualitinya. Mungkin bagi orang lain, ianya sudah cukup baik. Al-maklumlah, manusia kan mempunyai pendapat yang berbeza-beza.



    Syamsul Yusof Bengang Gara-Gara Filem KL Gangster 2 Tersebar Di Internet

    Ini sangat mengecewakan. Saya memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.


    Info yang dipperolehi daripada Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. 

    Ini bermakna ada “leak” yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini kerana filem ini belum ditayangkan kepada umum. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.



    Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana “leak” ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

    Betul Ke Stacy AF Masuk Islam?

    Kecoh dengan berita yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy yang juara Akademi Fantasia musim ke-6 telah memeluk agama Islam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.


    Lebih mengejutkan lagi, difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Namun, setelah disiasat, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6.

    Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly. Nama sebenar Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam.Gambar sebenar juga bukanlah gambar Stacy AF seperti yang dihebohkan.
    “Allahuakbar, sudah Islam Stacy (Stelly), kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke-216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau.

    Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah.

    Pihak MyNewsHub memilih untuk menghubungi Stacy bagi mendengar sendiri jawapan daripada mulutnya.
    “Kalau boleh saya tak mahu komen sebab perkara melibatkan agama ini sangat sensitif. “Tapi saya cuma boleh menafikan khabar angin yang mengatakan saya memeluk Islam,” jelas Stacy ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.

    Jangan Biadap Nak Gambar Bogel – Ika Nabila

    “Jangan Biadap Nak Gambar Bogel Aku” - Ika Nabila – Baru-baru ini, pelakon yang semakin dikenali, Ika Nabila telah bercuti di Thailand dan pelakon genit ini sempat berkongsi gambar-gambar ‘superbnya’ ketika berada di sana menerusi akaun Instagramnya.



    Mungkin disebabkan komen negatif yang diterima olehnya menyebabkan Ika Nabila memuat naik foto terbaru yang berbunyi:



    Dibawah kami kongsikan beberapa keping gambar Ika Nabila bercuti di Thailand. 




    Persoalannya, kalau dilihat pada gambar-gambar Ika yang muncul, apa yang dia nak harapkan daripada para peminatnya? Dan tentu yang gila seks akan meminta lagi, macam bila konsert tamat tetapi penonton tak puas lagi mereka akan menjerit “we want more…we want more” dengan harapan band yang ada akan menyambung beberapa lagu lagi.

    Beginilah, ia umpama sudah diberi betis hendak peha. Kita ubah sikit la yea…sudah diberi lihat peha…nak lihat toot pula…pasal hati tak puas.

    Rasanya tidak ada sesiapa yang akan minta melihat gambar bogel Wardina atau Irma Hasmie pasal penampilan mereka memang mengikut hukum dan menutup aurat.

    Jadi kepada artis yang memilih untuk seksi…tak perlu la sentap kalau peminat anda meluahkan we want more ok…tak nak bagi ok…tapi tak perlu sentap… pasal permintaan peminat itu adalah sinonim dengan penampilan yang diberikan selama ini.


     

    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger