! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Kisah Bijak Si Suami Memperdayakan Penipuan Si Pengurus Hotel

Kisah Bijak Si Suami Memperdayakan Penipuan Si Pengurus Hotel

Written By Unknown on Thursday 29 August 2013 | 12:45

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya. 


Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00
"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tidak mahu kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."



Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger