! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » 5 Cerita Antara Cikgu Berahim Dan Man Dol

5 Cerita Antara Cikgu Berahim Dan Man Dol

Written By Unknown on Monday 2 September 2013 | 18:12

Bahagian I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. 



Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


Bahagian II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kepada murid-muridnya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?


Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,


Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.



Bahagian III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...


Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?


Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.


Cikgu : Mana tepungnya??


Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke ape??
 


Bahagian IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?


Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.


Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?


Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!


Cikgu : Allahhuakbarr!!!



Bahagian V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?


Joe : Untuk mencari makanan, cikgu


Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?


Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.


Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...


Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger