! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Kisah Lucu Selepas Sahur

Kisah Lucu Selepas Sahur

Written By Unknown on Sunday 28 July 2013 | 21:05

Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini. Hari ini genap 20 hari kita berpuasa. Lipat gandakan amalan dipenghujung bulan ramadhan ini kerana malam lailatulqadar biasanya berlaku di penghujung kalendar ganjil bulan ramadhan.


Berbalik pada malam lailatulqadar, saya teringat satu cerita lucu berkenaan dengan malam tersebut dan ingin kongsikan kepada semua pembaca blog ini.

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh di masjid dan jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik selimut selepas kenyang bersahur.

Aku hanya bonceng motor abah. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.
Share this post :

+ comments + 1 comments

2 August 2013 at 11:38

ahahah. tak tahu pulak tanda lailatulqadr macam tu sekali. muheheh :)

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger