! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Ketawa Dapat Hilangkan Tekanan - Himpunan Cerita Lawak Bahagian 2

Ketawa Dapat Hilangkan Tekanan - Himpunan Cerita Lawak Bahagian 2

Written By Unknown on Sunday 28 July 2013 | 09:00

Teruskan membaca himpunan cerita lawak kerana dengan membaca cerita-cerita berunsur lucu seperti ini sebenarnya dapat mengubah mood harian anda dari kemurungan menjadi ceria. Senantiasa ceria sebenarnya dapat mengurangkan risiko penyakit atau serangan jantung. Saya lupa dimana saya baca tentang fakta ini :-) .



5. kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja. 

Datang seorang lelaki ingin membeli salah seekor daripada burung kakak tua itu. Ia berkata kepada si penjual burung. 

Pembeli: Berapa harga burung kakak tua ini...??

P
enjual: yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. 

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual: Yaa...memang berbeza, kerana yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya..


6. Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar
seorang pelancong dari US ketika berjalan-jalan di shopping complex The mall di ibu negara.

Gadis: ' I'm sorry ' 

Pelancong:' I'm sorry, too '

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis: ' I'm sorry. three ' 

Pelancong: ' What are you sorry for? ' 

Gadis: 'I'm sorry, five '


7. Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. 

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. 

Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8. Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. 

Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. 


Suzy: Tapi mengapa? 


Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. 


Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. 


Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. 


Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin. 


Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. 


Suzy :Ha!!??!!
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger