Gambar majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan. Khabarnya, satu
majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan telah berlangsung sekitar
petang Ahad, 1 September 2013 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Apapun,
majlis berkenaan bukanlah resepsi penuh perkahwinan pasangan romantik
itu, cuma untuk meraikan pengantin baru bersama acara rumah terbuka Hari
Raya Aidilfitri.
Gambar di’atas diambil oleh rakan media, Media Hiburan yang
berkesempatan hadir ke majlis pasangan Abby Abadi & Farhan yang
telah berlangsung di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai
2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan &
pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.
Seperti beberapa keping gambar yang admin sertakan di bawah, bekas
pelakon Abby Abadi dan Farhan dilihat sangat bahagia melayari kehidupan
sebagai pasangan suami isteri yang sah. Jadi, tahniah admin ucapkan,
semoga penyatuan dua hati ini akan membentuk sebuah keluarga besar pada
masa akan datang.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.