! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Akibat Menyampuk Orang Bercakap

Akibat Menyampuk Orang Bercakap

Written By Unknown on Friday 26 July 2013 | 21:49

Suatu ketika sewaktu berjalan-jalan di KL, aku singgah berjalan di KLCC untuk melihat bangunan gah ini dari dekat. Maklumlah sebelum ini hanya tengok dari jauh dan peluang melihat dari dekat saya tidak akan lepaskan.

Mahu dijadikan cerita, sesampai sahaja di KLCC perut tetiba meragam, mengakibatkan saya kelam kabut mencari tandas. Cari punya cari akhirnya saya jumpa tandas yang berada didalam KLCC. Apalagi saya bergegas masuk ke tandas sebelah kiri disebabkan tandas sebelah kanan pintunya bertutup, "ada orang dekat tandas ni" bisik hati kecil saya.


Belum selesai saya melepaskan hajat, ada suara dari tandas sebelah kanan tadi " haa.. cam mana sekarang?". Aku kagum ada juga orang peramah sebegitu, aku bukanlah orang yang minat berbual dengan orang yang tidak dikenal. Namun untuk tidak menghampakan saya jawap juga lah "ok lah sikit bang".

"Lepas ni ko nak pergi mana", tanya orang sebelah lagi. Aku pun membalas " tak pasti nak pergi mana lagi bang pasni". Walaupun aku dah mula rasa pelik semacam. "Habis kau nak gerak bila ni?" tanya orang sebelah lagi. Aku pun menjawap " lepas dah sudah ni, baru aku gerak".

Pastu aku dengar lagi orang sebelah itu berkata " aku call kau balik la pasni, tiap kali aku tanya kau, ada mamat bodoh sebelah aku ni, tiap kali tanya kau dia yang jawap!".

P/S: Moral dari cerita ni, tiap kali ada orang berborak jangan menyampuk hehe..
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger