Nama Nora Danish di dalam industri hiburan memang sudah dikenali kerana bakat lakonannya yang mantap dan berkesan, lebih-lebih lagi jika membawa watak perempuan lemah yang selalu ditindas.
Namun begitu, dalam kesibukan Nora menjalani penggambaran filem dan drama, rupanya secara diam-diam pelakon itu juga menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi. Betul ke?
Sepanjang sesi penggambaran itu, Nora sering berkongsi foto-foto yang menunjukkan dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas sambil bermain gitar.
Dalam pada itu, pelakon yang sebelum ini terkenal dengan jolokan Ji Hyo Malaysia, kini mendapat gelaran baru apabila salah seorang peminat menyatakan Nora seiras dengan Vanessa Hudgens selepas melihat foto di bawah.
Nak tahu Nora boleh menyanyi ataupun tidak? Sama-samalah kita tunggu kemunculan iklan itu nanti ya. Saya pun teringin nak mendengar suara pelakon cantik ini.
Sebelum itu, jom layan beberapa keping foto yang sempat dirakam oleh Nora semasa proses penggambaran iklan Petronas semalam.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.