! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Betul Ke Stacy AF Masuk Islam?

Betul Ke Stacy AF Masuk Islam?

Written By Unknown on Wednesday 28 August 2013 | 08:54

Kecoh dengan berita yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy yang juara Akademi Fantasia musim ke-6 telah memeluk agama Islam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.


Lebih mengejutkan lagi, difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Namun, setelah disiasat, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6.

Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly. Nama sebenar Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam.Gambar sebenar juga bukanlah gambar Stacy AF seperti yang dihebohkan.
“Allahuakbar, sudah Islam Stacy (Stelly), kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke-216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau.

Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah.

Pihak MyNewsHub memilih untuk menghubungi Stacy bagi mendengar sendiri jawapan daripada mulutnya.
“Kalau boleh saya tak mahu komen sebab perkara melibatkan agama ini sangat sensitif. “Tapi saya cuma boleh menafikan khabar angin yang mengatakan saya memeluk Islam,” jelas Stacy ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger