! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » , » Syamsul Yusof Bengang Gara-Gara Filem KL Gangster 2 Tersebar Di Internet

Syamsul Yusof Bengang Gara-Gara Filem KL Gangster 2 Tersebar Di Internet

Written By Unknown on Thursday 29 August 2013 | 12:35

Ini sangat mengecewakan. Saya memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.


Info yang dipperolehi daripada Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. 

Ini bermakna ada “leak” yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini kerana filem ini belum ditayangkan kepada umum. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.



Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana “leak” ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger