! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Zain saidin Akan Beraya Dengan Rozita Che Wan.

Zain saidin Akan Beraya Dengan Rozita Che Wan.

Written By Unknown on Sunday 21 July 2013 | 10:30

Zain dengarnya akan menyambut raya tahun ini bersama-sama dengan keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta di Alor Setar kedah.

Sehingga kini Zain masih belum berkesempatan bertemu dengan keluarga Che Ta dan berharap akan dapat bertemu dengan keluarga Che Ta pada minggu pertama hari raya jika keadaan mengizinkan.

 

Rozita yang akan memakai tema warna Tiffany Blue akan mengambil cuti sebanyak 4 hari raya nanti. Apabila ditanya sama ada akan mengenakan warna baju yang sama dengan Zain. 

"Che Ta tidak berniat memakai warna yang sama dengan pasanganya itu, sehingga lah mereka berkahwin nanti".kata Che Ta.

Zain yang ditanya tentang persiapan kahwinnya berkata..

" kalau boleh dimahukan taman ala inggeris (outdoor) dengan tema warna biru dan putih. Dia amat menyukai tema kahwin dalam taman, walaubagaimanapun terpulang kepada keluarga Che Ta untuk menentukannya".


Berhubung dengan tarikh perkahwinan?

 " Sebenarnya kami masih belum menemui tarikh yang sesuai disebabkan banyak perancangan yang perlu diselesaikan untuk persiapan majlis perkahwinan ini dan sebab itu sehingga kini kami tidak mengumumkan lagi kepada peminat" kata Zain.

Kata Zain lagi " Insyaallah kamai akan berkahwin pada tahun ini juga, dan jangan risau apabila tiba masanya kami akan umumkan kepada pemiant semua".

P/S: Mungkinkah Zain akan merisik Che Ta sekali raya nanti, sama-sama kita nantikan. Doa kami semoga Zain bertemu jodoh dengan Che Ta.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger