! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Tonton Man Of Tai Chi Di Pawagam Berdekatan

Tonton Man Of Tai Chi Di Pawagam Berdekatan

Written By Unknown on Wednesday 24 July 2013 | 09:30

Sudahkah anda menonton Man Of Tai Chi? Tayangan filem aksi ini adalah arahan Keanu Reeves hero Matrix. Bukan dalam bahasa kantonis tetapi english yang mengambil masa tayangan 105 minit.

Man of tai chi yang berlatar belakangkan Hong Kong, mengisahkan tentang seorang anak muda Tiger Chen yang bekerja dengan syarikat penghantar surat. Namun masalah terjadi apabila mahaguru tiger tidak dapat menampung kewangan untuk mengekalkan kuil yang berumur 600 tahun dari di ambil oleh pihak berkuasa tempatan untuk dirobohkan dan dijadikan tempat kediaman baru.



Tiger Chen berusaha untuk mencari duit bagi membiayai kuil tersebut dan mengakibatkan dia terjerumus dengan perlawanan haram yang sulit yang dijalankan oleh  Keanu Reeves bagi tontonan penjudi antarabangsa untuk bertaruh, dimana perlawanan dijalankan sehingga pihak lawan mati.

Lama kelamaan Tiger Chen tidak dapat megawal aura tai chi yang mengakibatkan dia semakin ganas dan hampir hilang ke semua kawan. Bagaimanapun sesuatu yang terjadi mengakibatkan Tiger Chen sedar semula dan meminta bantuan polis hongkong disebabkan Tiger tidak dapat melarikan diri dari kumpulan tersebut.

Keanu Reeves semakin marah dan apa kah kesudahan cerita ini? Dapatkah Tiger Chen melepaskan diri dari kumpulan tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh menonton cerita ini di pawagam berdekatan dengan anda.

P/S: Admin tertarik dengan Tiger Chen hero cerita ini,rupa paras tiada, tubuh badan kecil sekali, manakala lawannya tegap-tegap belaka. Semua perlawanan dia menang bergaya :)


Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger