! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Lubang-Lubang Ajaib Dunia

Lubang-Lubang Ajaib Dunia

Written By Unknown on Monday 29 July 2013 | 10:00

Banyak sangat benda-benda ajaib di dunia. Hari ini saya ingin kongsikan ke semua lubang-lubang ajaib dunia yang kelihatan pelik dan tentunya tidak tercapai dek akal chewahh.. Antara lubang-lubang ajaib dunia yang menarik minat saya untuk dipaparkan di blog ini.

1) Big Hole - South Africa 

Antara lubang yang terbesar digali dengan menggunakan tangan oleh pengali dunia bagi melombong berlian. Dikhabarkan lubang ini adalah seluas 1097 meter dengan hasil galian sebanyak 3 tan. Bagaimanapun lombong ini telah ditutup pada tahun 1914.



2)  Glory Hole - Monticello Dam, California

Lubang Glory Hole ini adalah yang terbesar di dunia membolehkannya menyedut air 14,400 kaki padu air setiap saat.


3) Bingham Canyon Mine, Utah

Juga lubang buatan manusia hasil kerja penggalian yang mana bermula pada tahun 1863 sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu saiz lubang ini senantiasa membesar sehingga kini telah mencapat 3/4 batu dalam dan 2.5 batu lebar.


4) Great Blue Hole , Belize

Terhasil hasil daripada fenomena geografi yang dinamakan Blue Hole yang terletak 60 batu dari tanah besar Belize. Sebenarnya banyak lubang yang terjadi hasil fenomena geografi ini, namun tidak seindah lubang blue hole ini.


5) Mirny Diamond Mine , Serbia

Mungkin ramai ynag telah melihat lubang ini, banyak dikeluarkan dalam filem-filem terbitan US. ini adalah lubang yang terjadi hasil melombong intan berlian secara terbuka yang terbesar di dunia. saiznya adalah 525 diameter dalam dan 1200 meter diameter luar. Terdapat juga zon larangan terbang di atas lubang ini, khabarnya banyak kapal terbang telah di sedut masuk.



6) Diavik Mine , Canada

Lombong yang besar dan terletak di kawasan yang jauh dengan Kanada. Tidak heran jika lombong ini mempunyai lapangan terbang sendiri yang boleh menampung boeing 737. Lubang ini mengikut suku sekitar yang mana jika di luar sejuk dalam lubang ini juga akan turut sejuk.



7) Sinkhole in Guatemala

Lubang yang terjadi akibat pengebom yang berlaku sekitar tahun 2009 di Guatemala. lubang ini menelan 12 buah rumah dan membunuh 3 orang awam.

 
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger