! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Kesabaran Aaron Aziz Diuji Peminat Terima Padah

Kesabaran Aaron Aziz Diuji Peminat Terima Padah

Written By Unknown on Saturday 20 July 2013 | 08:00

Sejak kebelakangan ini ramai artis-artis yang memuat naik gambar di akaun laman sosial milik mereka bertujuan untuk berkongsi kehidupan seharian bersama peminat.

Namun kekadang gambar yang dimuat naik mengundang kritikan-kritikan negatif segelintir peminat dan seterusnya membawa kemarahan serta kontroversi kepada artis tersebut.

Terbaru aktor Aaron Aziz kelahiran Singapura yang dikurniakan 3 orang anak comel hasil perkongsian hidup dengan Diyana Halik mengadapi masalah yang sama.

Tanpa disangka hanya sekeping gambar yang dimuat naik oleh Aaron Aziz di laman Instragram membawa kritikan yang menguji kesabaran Aaron sebagai seorang ayah. 

Gambar tersebut menunjukkan 3 orang anak comel Aaron Aziz yang di kritik oleh peminat yang duduk agak kurang sopan di ruangan komen Instagram.



Dengan pelbagai komen-komen negatif yang masuk akhirnya kesabaran Aaron Aziz sampai ke penghujung apabila Aaron kelihatan seolah-olah mengamuk di ruangan komen dan sekali gus mengambil tindakan ban dan delete ke semua komen negatif.

Berikut komen-komen Aaron di Instagram  miliknya:


Aaron535aziz " bodoh betul eh manusia sekarang".
Aaron535aziz " korang byk baik Lah bila mati nanti malaikat pun Akan soal korang apa niat korang tegur anak aku hari ni den lidah tak leh tipu kenalah. Too me you org org mcm ni plain stupid, nak tunjuk baik  n just want to have something 'right' to say in public. well anak anak aku aku yang tanggung jadi simpan niat bodoh yang tak munasabah korang semua tu kat dlm jamban"
Aaron535aziz " Bagus dpt Aku block and delete 5 comment tu. Yg tak kena delete my msg bukan dituju pada anda ok"

P/S: Bagi admin gambar tersebut biasa, anak-anak bergambar lebih-lebih lagi di rumah sendiri. Tiada yang luar biasa dan terima kasih pada Aaron Aziz kerana sudi berkongsi kehidupan seharian dengan peminat di Instagram.

Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger