! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Filem Di Pawagam Red 2 - The Best Never Rest

Filem Di Pawagam Red 2 - The Best Never Rest

Written By Unknown on Friday 19 July 2013 | 10:02

Filem terbaru dipawagam kini ialah "Red 2 - The Best Never Rest" ialah kesinambungan Red yang terdahulu. Filem arahan Dean Parisot kategori aksi komedi ini dilakonkan oleh Bruce Willis, Helen Mirren, John Malkovich, Catherine Zeta-Jones, Anthony Hopkins.

Filem yang memakan masa 116 minit ini mengisahkan bekas agen rahsia CIA Frank Moses mengumpulkan kembali teman-teman lama beliau dalam CIA yang telah pencen, untuk beraksi kembali bagi mengesan peranti nuklear mudah alih yang hilang.

Poster of Summit Entertainment's Red 2 (2013)

Menurut sumber mereka data nuklear tersebut berada di tangan penganas yang kejam dan cukup terlatih. Apa yang menarik penganas tersebut bersubahat dengan pegawai-pegawai kerajaan yang tamak dan gilakan kuasa.

Dapatkan Frank Moses dan kumpulannya mengesan nuklear seterusnya menghentikan aktiviti penganas tersebut? Filem yang berlatar belakangkan Paris, London dan Moscow ini penuh warna warni. Dimana kumpulan Frank Moses walaupun tua namun masih cergas untuk beraksi, saling bantu membantu dan memerlukan diantara satu sama lain.

Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda, filem yang menarik dan tentunya menghiburkan, penuh dengan aksi dan sungguh melucukan.

P/S: Admin bagi 4 bintang untuk filem ini.



Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger