! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Bayi Mati Dipanggang Baru Berusia 12 Hari

Bayi Mati Dipanggang Baru Berusia 12 Hari

Written By Unknown on Saturday 20 July 2013 | 22:46

Terkejut beruk dengan kejadian ini, nasib baik bukan berlaku di Malaysia. Disebabkan kecuaian jururawat, bayi yang baru berusia 12 hari yang diletakkan dalam inkubator kerana mengalami sakit selsema, mati disebabkan suhu didalam inkubator yang terlalu panas.

Gambar kabur adalah kesan kemerahan pada badan bayi tersebut

Kejadian yang berlaku di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara  negara China ini mengemparkan dunia apabila gambar bayi tersebut di muat naik dalam laman sosial weibo yang lebih kurang menyamai facebook.

Bayi malang tersebut seoalah-olah di panggang semalaman dengan badan dan kaki bayi tersebut kelihatan kemerah-merahan akibat suhu yang terlalu panas.


Media juga melaporkan pada malam kejadian tersebut ke semua maklumat rakaman litar tertutup CCTV telah dipadamkan, dengan kata lain segala maklumat yang ada cuba dikaburi oleh pihak hospital. Apa yang lebih mengecewakan kerana pihak hospital juga enggan bertanggungjawap atas kejadian ngeri tersebut.

P/S: Harap-harap kecuaian seperti ini jangan berlaku di Malaysia.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger