Baru-baru ini gambar yang dimuat naik oleh Siti yang menunjukkan Datuk K tanpa baju dengan keterangan gambar, ‘Dato K is ‘back’!!... sedikit sebanyak mengundang tanggapan negetif peminat.
Kata Siti yang dia juga tidak terlepas dari menggunakan medium tersebut bagi berinteraksi dengan peminatnya. Namun bagaimana penerimaan peminat Siti adalah bergantung pada budi bicara masing-masing.
“Saya sendiri pun banyak mahu berkongsi perkara yang peminat di luar tidak tahu apa yang saya lakukan setiap hari. Ada juga perkara yang agak peribadi saya kongsi bersama mereka, tapi pada masa yang sama saya tahu di mana batasnya.
“Memang pada asalnya apa yang kita kongsi tidak bermaksud lebih daripada yang kita fikir. Kita rasa ia tidak ada masalah, tapi mereka yang lihat mungkin lain.
“Bagi peminat yang boleh berfikir seperti kami, ia memang tidak ada masalah, tapi bagi mereka yang sebaliknya membuatkan situasi menjadi lebih rumit. Sebab itu saya harap peminat lebih berfikir positif,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman program Stailista Unplugged di TV9, baru-baru ini.
Tambah Siti, walaupun kontroversi itu turut menimpa dirinya, dia masih bersyukur kerana masih ada peminat yang memahami situasinya.
“Saya bersyukur kerana saya ada peminat yang memahami dan boleh bersuara. Dalam situasi ini peminat saya yang ke depan dan itu adalah kelebihan seseorang artis yang ada peminat setia.
“Tapi ada apa yang perlu saya tegur, saya tegur secara general. Selebihnya terpulang pada mereka sendiri. Kalau fikir negatif jadi negatiflah,” tegasnya.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.