Apakah
tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di
sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah
ciuman?
Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang
kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya
terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap
kanak-kanak itu.
Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi
wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap
pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya.
Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok
apabila benar-benar dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami
sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai
rahsia yg berbeza lagi tersendiri.
Ciuman
atau Kucupan pada Tangan Jika seorang lelaki mencium belakang tangan
anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda.
Lelaki atau
sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan
disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini
biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang
bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan
seterusnya.. ..
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan
wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga
sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi
dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam
hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di
dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di
dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya
begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu
syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang
pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda,
itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah
ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri
dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru
pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia
sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah
anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir
anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap
dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba-tiba pasangan
anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda.
Ini
menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda
pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa
senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa
lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian,
itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini,
mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap
kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam
sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar
melakukannya , ia kira sudah luar biasa.
Perlakuan ciuman di hujung kaki
yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu
merendah diri dan terlampau memuja anda.
Anda boleh menganggap si dia
boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki
pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja untuk mendapat
perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg
anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
Ketahui Rahsia Di Sebalik Ciuman Seorang Lelaki
Written By Unknown on Thursday, 22 August 2013 | 01:29
Labels:
cinta
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.