Ali ni jenis yang 'slow' sikit. Jadi, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....
Ali ni pergi masjid untuk sembahyang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, sembahyang dia tak pernah tinggal. Lepas habis sembahyang Jumaat, Ali ni pun nak balik la.
Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu hilang. Puas dia cari pun tiada juga. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.
Tanpa segan silu, dia pun pergi dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata,
" kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "Semua orang yang mendengar tetiba jadi takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal je jadi incredible hulk hehe.
Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesiapa yang curi selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalau tak..aku akan buat macammana yang bapa aku buat!!!"
Pelan-pelan, orang yang mencuri selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau - gurau je". Kata si pencuri itu.
Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus menghilangkan diri cepat-cepat. Mungkin terlalu takut. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalau budak tu tak pulangkan selipar engkau tadi, engkau nak buat apa? Apa yang bapa engkau lakukan?"
Dengan suara dan wajah yang poyo Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.