Home »
hiburan
» Mengapa Masih Belum Ada Lelaki Bertakhta Di Hati Nora Danish
Sehingga ke hari ini kenapa masih belum ada lelaki yang bertakhta di hati Nora Danish? Mungkinkah kerana kecewa yang amat sangat pada perhubungan yang lepas membuatkan Nora Danish masih belum membuka hatinya pada mana-mana insan yang bergelar lelaki?
Jika itu adalah alasan Nora, rasanya sudah sampai masa Nora melupakan kisah itu dan membuka pintu hati dengan mana-mana lelaki.lebih-lebih lagi kini dengarnya Nora telah mempunyai kawan lelaki yang rapat bernama Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri adalah anak kepada seorang menteri.
Kira sama-sama secocok dan Nora sendiri mengakui Nadeem adalah seorang lelaki yang baik dan mempunyai ciri-ciri lelaki yang Nora cari.
"Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan
lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan
senang untuk meminta bantuan daripadanya. Dia seorang yang baik,
sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia (Nadeem) ada kriteria
lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami" kata Nora.
Namun Nora masih belum bersedia lagi dan mungkin jodoh Nora dengan nadeem belum sampai lagi. Apa pun sebagai peminat yang amat-amat meminati Nora, hanya mampu terus mengikuti kisah Nora dan Nadeem sama ada sampai ke jinjang pelamin.
P/S: Minat sangat dengan Nora Danish, bila la nak dapat bergambar sama hehe..
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.