Tidak semua ciptaan yang mendapat pengiktirafan dunia seperti
Thomas Edison dengan penemuan elektrik, Alexander Graham Bell dengan ciptaan telefonnya. Namun ada banyak ciptaan yang popular hanya beberapa abad dan kemudian hilang.
Berikut beberapa ciptaan yang popular di zamannya namun telah lama hilang dan kelihatan agak lucu di zaman moden ini.
Curved Barrel Machine Gun, 1953
Telah mencipta senapang laras yang melengkung dihujungnya. Konsep penggunaannya anda tembak dahulu, lepas itu baru lihat mana satu sasaran yang kena.
Anti Bandit Bag, 1963
Rekaan beg bimbit untuk mengelak kecurian. Konsep rekaan satu tali di ikat pada tangan, apabila orang mencuri beg tersebut, akan mengakibatkan bawah beg terbuka dan akan mengeluarkan semua barangan yang ada dalam beg tersebut.
Baby Holder, 1937
Jack Milford, pemain pasukan hoki ais Wembley
Monarchs telah mencipta satu mendukung bayi supaya bayi itu boleh
menyertai isteri dan dirinya di atas ais.
Fast-Draw Robot, 1960
Sejenis patung yang digunakan untuk latihan. Patung ini boleh membalas tembakan secara spontan, sebiji macam cerita koboi.
Handwriting Game, 1955
Dicipta untuk saingan terhadap permainan monopoly yang popular di zaman itu, namun tidak mendapat sambutan.
Honegar, 1959
Pencipta madu dan cuka campuran, yang dipanggil Honegar, Dr DeForest C. Jarvis. Honegar dikatakan ubat tradisional untuk sakit fungsi utama untuk mengurangkan loya.
Beating Breasts, 1963
Sepasang payudara tiruan dengan degupan
jantung yang terbina didalam, ciptaan dari Jepun.Dicipta sebagai alat
bantuan tidur untuk kanak-kanak .
Phone-Answering Robot, 1964
Sebuah robot yang direka oleh Claus Scholz Vienna.Ia boleh mengangkat gagang telefon tapi tidak boleh bercakap dan amat lambat.
T.V. Glasses, 1963
Sejenis televisyen mini yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.
Sebenarnya ada banyak ciptaan lagi, namun di letakkan hanya beberapa ciptaan yang tentunya telah lama hilang untuk tatapan anda.
Ciptaan Yang Tidak Boleh Diterima Akal Namun Popular Di Zamannya
Written By Unknown on Wednesday, 17 July 2013 | 19:35
Labels:
umum
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.