! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Kelas Ekonomi

Kelas Ekonomi

Written By Unknown on Tuesday, 20 August 2013 | 01:33

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa..

"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana".


"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.



Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya, "Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain" pujuk ketua pramugari.

"Awak ni lagi satu. Takkan saya nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.


Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan" Jawab kapten


P/S: Adakala masalah dapat di selesaikan dengan mudah jika kita menggunakan akal hehe
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger