Written By Unknown on Monday, 19 August 2013 | 01:42
Sudahkah anda menonton cerita " The Conjuring "? Sebenarnya cerita ini telah memulakan tayangan pada 1hb Ogos lalu, namun yang hebatnya setelah 18 hari tayangan, sehingga ke hari ini 18hb ogos, panggung tetap penuh dengan penonton.
Ini yang membuatkan saya tertarik untuk menonton cerita seram ini disebabkan sambutan yang agak luarbiasa dari orang ramai. Masa hendak membeli tiket sekali lagi saya terkejut, sebab hampir-hampir duduk depan layar panggung.. panggung penuh hehe.. Wow! hebat sangat ke cerita The Conjuring ni?
Lepas habis tayangan, wow!! patut pun penuh panggung, ternyata cerita The Conjuring seram dan menakutkan. Patut pun ianya diketegorikan tayang untuk 18 tahun ke atas sahaja. Cerita The Conjuring adalah berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh pasangan suami isteri penyiasat aktiviti paranormal iaitu EddanLorraineWarren.
Kedua-dua penyiasat ini adalah yang terkenal dan tersohor dizamannya yang telah banyak menyelesaikan kes-kes paranormal ketika itu. Satu kes yang paling menakutkan dan telah lama dirahsiakan oleh pasangan ini iaitu The Conjuring. Kisahnya penyiasat aktiviti paranormal iaitu EddanLorraineWarren telah dipanggil membantu satu keluarga yang telah diganasi oleh hantu di sebuah rumah terpencil yang baru di diami oleh mereka.
EddanLorraine terpaksa menghadapi hantu dan kuasa jahat yang sungguh kuat dimana mereka mendapati diri mereka juga terperangkap sama dengan keluarga tersebut. Ini pengalaman mereka yang paling menakutkan dalam hidup dan kerjaya mereka seumur hidup. P/S : Nasihat saya jangan tengok cerita ini berseorangan, takut nanti anda tidak dapat melelapkan mata semalaman hehe..
Share this post :
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.