Teknik yang paling berkesan menabung dan menyimpan sedikit dari gaji bulanan anda adalah dengan menggunakan hanya wang kertas tiap kali berbelanja. Jangan sesekali menggunakan duit syiling!.
Contoh jika harga barang yang anda nak beli 20 sen, jangan gunakan duit syiling 20 sen untuk membayar walaupun anda mempunyai syiling 20 sen, tapi gunakan duit kertas RM1. Jadi baki dari belanja tadi adalah 80 sen dan masukkan ke semuanya dalam tabung setibanya anda di rumah.
Itu sahaja tekniknya dan anda tolong jangan ketawa!. sebab telah ada bukti dan admin sendiri lakukan untuk tempoh setahun. Tahu berapa duit yang berjaya admin kumpulkan setahun?
Ingat gunakan hanya duit kertas, jangan sesekali gunakan duit syiling. Syiling semuanya masukkan ke dalam tabung. Bercerita pasal tabung, admin mencadangkan anda menggunakan tabung yang besar. Admin sendiri menggunakan tong sampah pejabat sebagai tabung, kemudian letakkan ditempat yang tinggi contohnya atas almari.
Jadi balik dari berbelanja duit syiling tadi campakkan terus atas almari gaya orang bermain bola keranjang. Jangan sesekali tengok syiling tersebut untuk tempoh setahun. Lepas setahun hantar terus simpan ke dalam akaun bank anda.
Tahun lepas duit syiling yang admin berjaya kumpul kan selama setahun adalah sebanyak RM1700++. Alhamdulillah dah macam dapat bonus tahunankan. Memang duit tersebut tidak membolehkan anda kaya raya, tapi sedikit sebanyak ada juga sedikit simpanan. Betul tak?
P/S: Untuk pengetahuan anda, pihak bank akan cas sebanyak RM10 untuk tiap 1000 keping syiling yang mereka kira. Tahun lepas admin tidak tahu sangat, tak pasal-pasal admin dermakan ratusan ringgit pada bank. Untuk tahun ini admin akan pastikan hantar 999 keping setiap hari haha..
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.