Satu contoh kebanyakkan pemain bola EPL mengambil insurans untuk kaki mereka bagi menjamin kerjaya jika kaki mereka patah dan tidak mampu lagi untuk bermain bola lagi.
Sebab itu apabila Fara Fauzana atau lebih mesra di panggil Fafau (32 tahun) mengambil insurans suara perkara ini terus di jadikan isu oleh sesetengah masyarakat.
Fafau meminta supaya peminat berpandangan jauh dan faham tindakannya adalah untuk menjamin kerjayanya. Jangan lagi sensasikan isu dia mengambil insurans suara. Fafau berkata "Insurans suara juga adalah insurans kesihatan namun ia lebih menitik beratkan suara. Oleh kerana benda ini tiada orang buat di Malaysia, maka masyarakat terus menjadikannya isu".
"Maklumlah Fafau mencari makan dengan suara rasanya tidak salah untuk dia mengambil insurans suara untuk menjamin kerjayanya. Orang lain tidak buat saya tidak boleh buat apa" katanya.
Katanya lagi “Dalam isu ini (insurans suara), sebenarnya saya tidak hendak bercakap mengenainya lagi, buat orang keliru saja. Bagi saya, hanya orang yang berpandangan serta berfikiran jauh saja yang faham mengenai tindakan saya itu.
P/S: Sudah tiba masanya kita berfikiran terbuka. Mungkin perakara ini akan menjadi titik permulaan untuk insurans sebegini di Malaysia.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.