! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Fiza Elite Akhirnya Jumpa Bakal Suami

Fiza Elite Akhirnya Jumpa Bakal Suami

Written By Unknown on Friday, 26 July 2013 | 22:27

Sudah lama tidak mendengar cerita tentang Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim atau lebih dikenali dengan Fiza Elite. Baru-baru ini ketika ditemui Fiza telah mengenakan tudung sempena kedatangan bulan ramadhan. Walaupun baru mengenakan tudung iaitu pada 6 jun, Fiza bertekad untuk mengekalkan pemakaian tudung lepas ramadhan nanti.


Fiza juga nampak ceria walaupun perkahwinan yang sepatutnya berlangsung jun lalu tidak menjadi. Sepatutnya kini Fiza telah bergelar isteri orang, namun kerana tiada jodoh hubungan tersebut putus di tengah jalan.


 Namun tuah perempuan cantik seperti Fiza, putus cinta hari ini, esok telah ada penganti.
"Niat untuk berumah tangga memang ada dan kini sebenarnya dia sudah mendapat pengganti. Buat masa ini biarlah rahsia siapa gerangan pemuda misteri ini" kata Fiza sambil tersenyum.
"Sekiranya semua berjalan lancar pada penghujung tahun ini, dia akan melangsungkan perkahwinan. Biar pun usia perkenalan Fiza dengan pemuda misteri tersebut masih baru, namun semakin rapat dalam bulan puasa ini." katanya lagi.
Bercakap mengenai imej baru dengan berpakai tudung, kini Fiza kurang menggenakan pakaian ketat disebabkan tidak sesuai dikenakan dengan tudung. Fiza memilih untuk memakai baju kurung dan ingin mengekalkan sebegitu.
"Memang saya baru sahaja bertudung, tetapi saya nekad tidak mahu mengenakan sebarang pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan lagi selepas ini. Lagipun sekiranya berpakaian sedemikian, perasaan kekok dan tidak selesa itu akan timbul dengan sendirinya," kata Fiza.
Fiza telah mengurangkan aktiviti seni dalam bulan Ramadan ini untuk meningkatkan amalan ibadah. Raya tahun ini juga Fiza akan membawa kedua-dua orang tuahnya ke Kuala Lumpur untuk beraya bersamanya. 
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger