Mahu dijadikan cerita, sesampai sahaja di KLCC perut tetiba meragam, mengakibatkan saya kelam kabut mencari tandas. Cari punya cari akhirnya saya jumpa tandas yang berada didalam KLCC. Apalagi saya bergegas masuk ke tandas sebelah kiri disebabkan tandas sebelah kanan pintunya bertutup, "ada orang dekat tandas ni" bisik hati kecil saya.
"Lepas ni ko nak pergi mana", tanya orang sebelah lagi. Aku pun membalas " tak pasti nak pergi mana lagi bang pasni". Walaupun aku dah mula rasa pelik semacam. "Habis kau nak gerak bila ni?" tanya orang sebelah lagi. Aku pun menjawap " lepas dah sudah ni, baru aku gerak".
Pastu aku dengar lagi orang sebelah itu berkata " aku call kau balik la pasni, tiap kali aku tanya kau, ada mamat bodoh sebelah aku ni, tiap kali tanya kau dia yang jawap!".
P/S: Moral dari cerita ni, tiap kali ada orang berborak jangan menyampuk hehe..
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.