! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Gorila Bermain Baseball Dalam Filem Mr Go

Gorila Bermain Baseball Dalam Filem Mr Go

Written By Unknown on Saturday, 3 August 2013 | 12:58

Filem pilihan saya minggu ini adalah merupakan filem Korea yang bertajuk Mr.Go. Filem yang menarik dan memaparkan kasih sayang antara manusia dan binatang.

Mengisahkan Weiwei yang bertanggungjawap menjaga sarkas selepas kematian atuknya, mengalami kesukaran untuk membayar hutang atuknya kepada along. Disamping itu Weiwei mempunyai cita-cita untuk memajukan sarkas tersebut.


Oleh itu Weiwei terpaksa menerima tawaran pasukan baseball dari agen Sung yang telah melihat kepakaran Lingling seekor Gorila memukul bola baseball dengan tepat untuk bermain dalam Korean Baseball League.




Lingling yang diberi gelaran Mr.Go telah mula mencipta nama atas kepakarannya, sekaligus menjadi rebutan pelbagai kelab-kelab besar dalam Korea Baseball League.


Pada masa tersebut Weiwei terus di tekan oleh along untuk membayar hutangnya yang membuatkan perhubungan antara Weiwei dan agen Sung kurang baik. Keadaan ini menjadikan gorila Mr.Go tidak dapat menumpukan perhatian pada pukulannya.


Mr.Go juga dikesan mengalami masalah kecederaan pada kakinya akibat kejadian masa lampau semasa menyelamatkan Weiwei dari runtuhan gempa bumi. Pada masa yang sama watak gorila ganas arzos yang mempunyai kepakaran membaling bola muncul.


Manakala tawaran kontrak yang diterima yang sungguh lumayan, membuatkan Mr.Go terpaksa melawan atas dasar kasih sayangnya kepada Weiwei.


P/S: Pada awalnya saya ingat Weiwei adalah penjaga Mr.Go, semasa penghujung cerita ini menariknya Mr.Go membuktikan kasih sayangnya kepada Weiwei yang dibela olehnya dari kecil.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger