Home »
filem
» Filem Lemak Kampung Santan Tidak Mendapat Sambutan
Hans Isaac amat kecewa dengan sambutan yang diberikan terhadap filem arahan serta terbitan terbarunya iaitu " Lemak kampung Santan". Apa tidaknya kerana modal menerbitkan filem tersebut adalah sebanyak 1.7 juta manakala pulangan kutipan tiket sekadar RM100,000 sahaja.
Hans Isaac yang menjadi pelakon utama hanya mempertaruhkan Neelofa sebagai heroin bagi menarik penonton sepanjang raya ini untuk menonton filemnya, ternyata percaturan tersebut tidak menjadi.
Atas kekecewaan itu, Hans Isaac melalui akaun twitternya memaklumkan bahawa filem Lemak Kampung Santan bakal menjadi filem
terakhir terbitannya akibat sambutan yang sangat tidak memberangsangkan
ini.
Mungkin selepas ini Hans Isaac perlu mencari idea cerita yang lebih menarik dan mencari masa yang betul-betul sesuai bagi menayangkan filem terbitannya.
Saya sendiri belum dapat menonton apa-apa juga filem sepanjang raya ini di sebabkan terlalu sibuk dengan raya dan sambutan rumah terbuka :-).
Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa filem Lemak kampung Santan tidak begitu mendapat sambutan kerana masa tayangan yang kurang sesuai. Harap Hans Isaac jangan terlalu kecewa, adat berniaga risiko sebegini adalah biasa.
Apa yang penting adalah pengalaman yang diperolehi dari kegagalan ini boleh dijadikan landasan untuk kejayaan di kemudian hari.
P/S: Insyaallah saya akan menonton Lemak Kampung Santan hujung minggu ini.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.