! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Fida Sertai Akademik Fantasia AF

Fida Sertai Akademik Fantasia AF

Written By Unknown on Thursday, 1 August 2013 | 00:26

Fida atau lebih dikenali dengan Rafidah Ibrahim yang berumur 27 tahun mengemparkan industri muzik tanahair apabila bertekad untuk menyertai program realiti popular Akedemik Fantasia musim baru. Ini adalah kerana Fida sudah pun mempunyai nama dalam industri muzik Malaysia.


Fida yang kini popular dengan lagu Apa Kono Eh Jang dan baru selesai merakamkan single terbaru bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band ini, mengundang tidak puas hati dikalangan peminatnya, bukan itu sahaja kerana seorang juri AF, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi turut membantah kerana beranggapan Fida sudah dikenali sebagai penyanyi Malaysia.

Bagaimanapun Fida tetap akan meneruskan niatnya untuk menyertai Akademik Fantasia AF walaupun menerima banyak kritikan. Fida menganggap kritikan tersebut sebagai cabaran dan tidak akan sesekali berundur dari menyertai AF.
"Saya sedar vokal saya tidak sehebat penyanyi lain. Itulah antara faktor saya memilih AF kerana ia sebagai medium untuk mempelajari teknik-teknik nyanyian," kata Fida apabila namanya berjaya di senarai pendek untuk menyertai program tersebut.
Tegas Fida, langsung tiada niat untuk kejar glamour sebaliknya kerana vokal nyanyiannya tidak begitu baik dan ingin mempelajari tentang nyanyian dari kelas vokal tersebut.


"Inilah peluang untuk saya meneruskan karier nyanyian yang lebih baik untuk masa akan datang. Saya mengakui walaupun sudah bergelar penyanyi namun nyanyian saya tidak begitu baik. Jadi dengan peyertaan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu nyanyian saya", kata Fida.

" Karier sebagai penyanyi seperti roda sekejap di atas dan adakalanya dibawah. jika saya tidak menambah baik mutu hiburan saya, saya percaya satu hari nanti saya akan tenggelam".

P/S: Elok juga Fida menyertai AF biar ianya menjadi tekanan pada pelajar AF lain untuk berusaha lebih keras mengalahkan Fida. Harap Fida bersedia dan jangan hampa jika tewas dengan pelajar AF yang baru berjinak dengan dunia nyanyian.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger