Lebih mengejutkan lagi, difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam
kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Namun,
setelah disiasat, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy
yang lahir daripada program AF6.
Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama
sebenarnya ialah Stelly. Nama sebenar Stacy AF6 ialah Stracy Angie
Anam.Gambar sebenar juga bukanlah gambar Stacy AF seperti yang
dihebohkan.
“Allahuakbar, sudah Islam Stacy (Stelly), kini namanya Nur Aisyah
Rabiah, sebagai insan ke-216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini.
Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di
Keningau.
Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya,
Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu.
Alhamdulillah.
Pihak MyNewsHub memilih untuk menghubungi Stacy bagi mendengar sendiri jawapan daripada mulutnya.
“Kalau boleh saya tak mahu komen sebab perkara melibatkan agama ini sangat sensitif. “Tapi saya cuma boleh menafikan khabar angin yang mengatakan saya memeluk Islam,” jelas Stacy ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.