Mungkin
ramai yang sedar bahawa doktor lelaki yang banyak melaksanankan tugas
pemerikasaan hinggalah kepada tugas menyambut kelahiran untuk para ibu.
Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa, masyaratkat
mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang bersuara
untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap darurat
yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi
saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat
orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan
doktor lelaki.
Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir,
doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya
apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor
lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut
dan sebagainya dikira sebagai darurat.
Sedangkan ketika itu isteri saya
bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya
jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin
kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita
ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL
Jawapan:
Pada
diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak
dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak
meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah
meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah.
Ada beberapa ketentuan
dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh
sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan
perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin
dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya
dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan
menimbulkan fitnah.
Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan
muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang
akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah
namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita
yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan
bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat,
kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit.
Jika ia
bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang
doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita
tersebut.
Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu
tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita
melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan
Allah.
Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika
dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja,
sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka
hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari
mati.
P/S: Di Abu Dhabi UAE perempuan tidak dibenarkan bekerja kecuali menjadi seorang doktor, bagi mengatasi masalah rawatan untuk wanita dan para ibu.
Awas Pertimbangkan Doktor Wanita
Written By Unknown on Thursday, 15 August 2013 | 23:20
Labels:
umum
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.