! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Rapiro Robot Di Cipta Untuk Membancuh Kopi

Rapiro Robot Di Cipta Untuk Membancuh Kopi

Written By Unknown on Thursday, 18 July 2013 | 20:01

Kalau sebelum ini kita hanya disediakan dengan mesin pembacuh kopi. Bila mana kita hendak membuat kopi perlu membancuh sendiri kopi tersebut.

Namun baru-baru ini sebuah Syarikat Jepun telah berjaya mencipta Robot yang di beri nama Rapiro. Rapiro adalah robot kecil yang dicipta khusus untuk membancuh kopi untuk tuannya.
 


Gambar ini diperolehi dari kosmo.com.my


Walaubagaimana pun selain membuat kopi sebenarnya Rapiro boleh membuat kerja-kerja lain yang diprogramkan seperti menyapu, menyusun jadual waktu dan memberitahu berkenaan keadaan cuaca.

Bagaimana Rapiro boleh membuat semua itu? Sebenarnya Rapiro yang comel digerakkan  menggunakan komputer bersaiz kecil hanya sebesar kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

Robot kecil ini dilengkapi dengan 13 sendi motor untuk membolehnya berjalan dan mengerakkan tangan. Selain itu Rapiro juga dilengkapi dengan mata led dengan sistem kamera yang mampu mengumpulkan data visual untuk pemiliknya.

P/S: Kalau tengok video di bawah ni, admin rasa air kopi sudah sejuk baru kopi siap. Slow sangat Rapiro ini bergerak. Apa pun teknologi yang boleh dibanggakan.



Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger