Ramai
yang tahu mengenai cinta. Ramai yang tahu menyebutnya. Bahkan ramai
yang tahu meluahkan kata-kata indah sekadar menzahirkan keindahannya.
Tetapi apakah sebenarnya cinta?
· Sifat cinta.
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar.
· Cinta wujud sejak dilahirkan.
Rasa
cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari
cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.
· Cinta bersedia.
Bila
sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu
bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia menerima
cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.
Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabk an kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabk an kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
· Cinta itu indah.
Walaupun
kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci
murni, bercahaya gemerlapan dan putih bersih.
· Cinta itu mengharapkan balasan.
Cinta
antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri
yang punya persamaan. Apabila dapat apa yang dicari, bermakna cinta itu
sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk
bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi.
· Cinta itu menakluki.
Sifat
cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus
untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain. Sifat ini
menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin
menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
· Cinta itu mengetahui.
Pada
asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh
jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta.
Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.
Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.
· Cinta itu hidup.
Cinta
ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur.
Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata
cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu,
gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.
· Cinta itu suci.
Sebagaimana
yang banyak diperkatakan, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna
ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta
bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.
Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkannya daripada godaan nafsu yang tidak ada batasan. Disebabkan nafsu, cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

· Cinta itu pesona.
Cinta
itu bukan saja indah tetapi mempesonakan. . Ia bukan kerana cinta itu
nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana
kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita.
Kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana dia adalah
insan yang tidak berdosa.
Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang sering membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa saja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang dimahukan kekasih. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, cinta itu tidak tinggi nilainya.
Anggapan itu sebenarnya tidak tepat. Jika kita memberikan semua yang diingini kekasih, apa yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita bila dia mahukan pengorbanan kita?
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.