Buat masa ini jemaah haji yang dapat ditampung adalah sebanyak 6 juta orang, namun peluasan ini nanti membolehkan pertambahan jemaah haji sebanyak 4 juta orang yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 juta orang.
* Gambaran Masjidil Haram Tahun 2020, Betul Ke?
Berapa banyak kos terbabit dan jangkamasa siapnya projek ini tidak dapat dipastikan kerana melibatkan fasa demi fasa yang mana setiap satu tidak dapat dipastikan.
* Kerja pembinaan di masjidil Haram dari jauh
Masjidil Haram merupakan kota tertua di rantau ini, akan menyaksikan pemodenan yang berterusan kerana menjadi tarikan 6 juta orang jemaah yang memasuki mekah setiap tahun.
* Kerja pembinaan di Masjidil Haram dari tepi
Selesai sahaja projek mega di Masjidil Haram ini, pembangunan selepas itu adalah secara berterusan yang akan menyaksikan bangunan pencakar langit, jalan keretapi dan jalan raya yang lebih tersusun. Dijangkakan juga mekah akan ada 130 buah bangunan pencakar langit tidak lama lagi.
* Kerja pembinaan di Masjidil Haram dari dekat
Masjidil Haram yang binaannya mengelilingi Kaabah, telah wujud lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Di zaman rasullullah Masjidil Haram dan Kaabah dibersihkan dari pastung dan berhala. Sejak dari itu juga Masjidil Haram telah melalui banyak perubahan dan pengubahsuaian sehingga kini.
*Gambar terkini projek dari dalam masjidil Haram sekitar kaabah
Penghujung pada projek ini nanti adalah pembinaan jejambat mega di kaabah untuk pejalan kaki serta mempunyai lebih ruang teduh untuk jemaah haji dari sinaran terik matahari. Boleh tonton youtube di bawah projek mega yang akan dibina di kaabah.
Syabas kepada kerajaan Arab Saudi yang telah melaburkan berbillion-billion dolar bagi memberikan lebih keselematan dan keselesaan kepada jemaah haji dan umrah di seluruh dunia.
*Gambar terkini projek dari dalam masjidil Haram sekitar kaabah
Satu lagi projek yang telah pun dilancarkan adalah projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain yang akan menghubungkan bandar-bandar suci Mekah dan Madinah dan lain-lain bandar utama.
Harap paparan ini akan memberikan info terkini perkembangan di Kota Mekah dan membukakan hati pembaca blog ini untuk berkunjung di masjidil Haram Tanah Suci Mekah.
P/S: Insyaallah saya akan jadi tetamu Allah pada tahun 2036 setelah berdaftar dengan tabung Haji.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.