Macam-macam hal, terbaru Syarikat gergasi Jepun dapat satu kaedah yang unik iaitu menjadikan paha wanita sebagai tempat meletakkan papan iklan.
Ini adalah kerana penduduk Jepun kurang membaca iklan disebabkan terlalu banyak iklan-iklan dan skrin-skrin gergasi memenuhi setiap sudut bandar negara itu.
Oleh itu Syarikat WIT telah mendapat satu idea iaitu menggunakan paha wanita muda sebagai tempat meletakkan iklan kerana tempat tersebut menjadi tumpuan orang ramai terutamanya lelaki.
" Ternyata paha wanita adalah tempat yang sesuai untuk meletakkan iklan kerana lelaki tua mahupun muda senantiasa menumpukan ke tempat itu" kata Hidenori Atsumi, Ketua Pegawai Eksekutif WIT.
Sehingga kini seramai 3000 orang wanita muda telah mendaftar untuk meletakkan papan iklan bergerak atau logo produk atau tatu di paha mereka. Cara ini jelas popular kerana sambutan yang di terima amat memberangsangkan.
Miho Matsumoto berkata, Saya tiada masalah untuk meletakkan papan iklan bergerak di paha saya yang gebu. Saya menolak andaikata iklan tersebut di letakkan di perut atau di tempat lain yang boleh membuatkan saya malu.
Antara syarat yang dikenakan kepada sesiapa yang berminat ialah mesti berusia 18 tahun keatas dan mesti mempunyai kawan seramai 20 orang dilaman media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.