City sedia mengemukakan tawaran yang mampu memecah rekod dunia untuk menarik Ronaldo ke Etihad sekiranya Real mahu melepaskannya.City memberitahu wakil Ronaldo mereka bersedia untuk mengatasi apa saja tawaran yang dikemukakan oleh United.
Ini bermakna City sedia membayar lebih 300,000 pound (RM1.43 juta) seminggu untuk mendapatkan Ronaldo.
Sejak lima bulan lalu, United cuba membawa pulang pemain sayap berusia 28 tahun itu ke Old Trafford.
City berdepan halangan besar untuk mendapatkan Ronaldo, namun akhbar Britain, Daily Star melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah kelab, Ferran Soriano serta Txiki Begiristain serius untuk mendapatkan bekas Pemain Terbaik Dunia itu.
Malah mereka telah memberitahu wakil Ronaldo, jika Real bersedia membuka rundingan maka mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkan pemain tersebut dan mengecewakan United.
"City bercadang untuk mengemukakan tawaran yang mampu memecah rekod bagi menarik bintang Real Madrid, Ronaldo,"Pengerusi City, Sheikh Mansur juga telah memberitahu Soriano, seandainya Ronaldo berada di pasaran, mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkan tandatangan pemain itu.
Ronaldo masih berbaki dua tahun kontrak bersama Real dan walaupun terdapat dakwaan bahawa pemain itu sudah hampir menandatangani kontrak baharu, namun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Real mengenai penawaran kontrak rasmi.
United amat yakin mereka boleh membawa pulang Ronaldo ke Old Trafford, namun langkah lewat minit yang dilancarkan City semalam pasti menimbulkan kebimbangan.
Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini menjadi satu-satunya kelab yang menimbulkan kerisauan United, namun tawaran 55 juta pound (RM262 juta) yang dikemukakan pasukan kaya Perancis itu minggu lalu telah ditolak oleh Real.
PSG bersedia untuk mengemukakan tawaran yang lebih lumayan, namun Ronaldo dikatakan lebih berminat untuk kembali ke Liga Perdana seandainya dia meninggalkan Bernabeu.
United menjual Ronaldo dengan bayaran rekod dunia 80 juta pound (382 juta) pada 2009, namun kini mereka bersedia mengeluarkan sekurang-kurangnya 70 juta pound (RM334 juta) untuk mendapatkan semula pemain sayap itu.
Sumber: Utusan Malaysia
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.