! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Lana Nordin Di Tangkap Berjudi Dan Tidak Puasa

Lana Nordin Di Tangkap Berjudi Dan Tidak Puasa

Written By Unknown on Tuesday, 16 July 2013 | 08:30

Pelakon sensasi yang mendapat gelaran Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin menafikan dia ditangkap oleh pihak berkuasa kelmarin kerana berjudi dan tidak berpuasa selepas tersebarnya berita mengenai seorang aktres berusia lingkungan 30an dicekup ketika sedang bermain mahjung dan minum di sebuah kafe siber di Bandar Puteri, Puchong.


"Berita mana yang menyiarkan berita itu dan mengapa mereka mengatakan itu saya? Saya mahu melihat sendiri berita dan gambar itu. Kalau saya ditahan kelmarin tidak masuk akal kerana saya sudah dua hari terlantar kerana sakit," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Lana lagi, 

"Bayangkan hendak bangun pun susah dan nak bercakap waktu sekarang ini pun sakit rasanya. Ibu saya terpaksa datang membantu saya buat masa ini kerana keadaan tubuh lemah."
Berita yang disiarkan petang semalam tidak menyatakan nama pelakon tersebut, bagaimanapun selepas gambar disiarkan di laman sosial ramai yang membuat dakwaan bahawa orang yang dimaksudkan itu adalah Lana Nordin berdasarkan susuk tubuh dilihat dari belakang.
Share this post :

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger