! Ohh Ye Ke !
Maklumat Terkini :
Home » » Komen-Komen Peminat Atas kekalahan Harimau Malaya Menentang Chelsea

Komen-Komen Peminat Atas kekalahan Harimau Malaya Menentang Chelsea

Written By Unknown on Tuesday, 23 July 2013 | 10:30

Dibawah ini saya lampirkan semua komen-komen peminat yang kecewa akan kekalahan Malaysia menentang Chelsea pada ahad lepas. Saya ambil sebanyak mungkin, namun komen-komen yang tidak mengunakan kata-kata kesat, almaklumlah bulan puasa.



Komen-komen ini saya ambil dari media-media tempatan serta forum-forum yang popular di Malaysia. Ada antara komen ini yang saya rasa betul dana ada juga yang merapu. tidak kisah janji komen dari peminat setia yang sayangkan pasukan Harimau Malaya ini.
Naufara junny "Tak pe lah..kite tahu tahap pmain2 kita cm mna.. Ape2 pun tahniah harimau malaya dah buat yg terbaik..:)"
Awang din abd hamid "Tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Malaya tidak mewakili Sabah dan Sarawak sebab tu tiada semangat patriotik. Anak Sabah dan Sarawak ramai juga yang hebat. Kuku Harimau Malaya perlu diasah kerana dah tumpul.Taring pun dah patah. Fikir-fikirkan lah."
Keneddy gurongot "sudah tiba FAM buat transformasi....pemain nasional perlu rombak...jgn hrp lg pemain yg sudah tumpul spt safee, safiq, norsharul,...ramai lg pemain yg makin meningkat....harap pengalaman pun mereka dah tumpul.....skuad budak FRENZ UNITED lg hebat main atas padang....lg best dr team kebangsaan....bola sepak akan maju jika mentaliti menang dalam friendly match tinggi...bukan spt RG selalu kata menang tidak penting...."
Evaristus 4991 "Hebat juga tu, dapat 1 gol dan hampir 2.namun masih banyak yang perlu diperbaiki terutama semangat melawan"
Roti Pisang "walaupun berpuasa pada siangnya, dapat jugak tembus benteng Chelsea dengan 1 gol malah hampir² dapat 2 gol lagik... teruskan usaha dan tingkatkan skil masing² utk Piala Asia nanti..."
skygun "4 -1 ?????? .pilihan thailand kena 1-0...pasni tgk pilihan indon plak. baru kite tahu dimana letaknya level bolasepak harimau malaya kita."
Ni admin kongsikan komen Jose Mourinho ini dibuat dalam temubual bersama Chelsea TV.
 "Inikah skuad kebangsaan Malaysia? Ada sebahagian pemain yang mempunyai potensi dan mampu diserap ke dalam akademi bolasepak. Malaysia sangat bernasib baik kerana kami tidak beraksi dengan keupayaan sepenuh kami. Bukan kerana kami ingin memperlekehkan skuad Malaysia namun gaya permainan mereka sangat mengecewakan dan lemah. Kami menghormatinya dan hanya bermain seperti biasa sahaja" 
"Saranan saya kepada jurulatih Malaysia (Rajagopal), pilihlah pemain mengikut potensi mereka dan bukan mengikut prestasi lampau mereka. Agak lucu apabila saya tidak faham langsung dengan cara pemainan mereka (Malaysia). Jadi bermain seperti biasa adalah pilihan yang lebih baik".Jose Mourinho
P/S: Komen hanya komen apa yang penting bagaimana untuk memulihkan pasukan Harimau Malaya. Ukuran sebenar piala asia nanti.
Share this post :

+ comments + 2 comments

25 June 2016 at 18:06

Ong kim swee pun asyik cari salah sana sini pemain lemah itu ini. Dah tau kelemahan cari la jalan bagaimana untuk mnguatkn jgn sebut masalah... je. Dia coach kan. Kalau tau cari kelemahan je tapi x tau cari jalan penyelesaian baik tak payah ada coach. Tukar coach lain.

Anonymous
25 June 2016 at 18:14

Ong kim swee pun asyik cari sala dan kelemahan je taunya. What is your strategy then? Tau cari salah je baik tukar coach lain.

Post a Comment

ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ohh Ye Ke - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger