Sejak bergelar ibu Ning hanya menjadi penyanyi sambilan sahaja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada anak kesayangan pertamanya Ryan.
Gambar Diambil dari sinarharian.com.my
“Sekarang saya memang dah jadi ibu sepenuh masa dan penyanyi separuh masa. Sebab anak memang nombor satu dan keutamaan saya memang Rayyan,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi sempena hari raya di Restoran Warisan Dataran Merdeka.
Akui Ning lagi, anak kesayangannya tidak pernah di pegang oleh pengasuhnya, berikutan banyak cerita-cerita negatif dan seram tentang pengasuh rumah. "Ning takut la" katanya.
Sebelum ini Ning memang tiada pasang pengasuh, cuma dah ada anak Ning terpaksa mengambil pengasuh bagi membantunya menyiapkan kerja rumah. Namun tidak akan membenarkan anaknya dipegang pengasuh. Ning lebih memilih emaknya sendiri untuk menjaga cucunya.
Berkongsi aktiviti Ryan, Ning akui mengajar anaknya bersenam dan berenang.
“Setiap Sabtu dan Selasa, saya bawa Ryan bersenam di Bangsar. Hari Ahad pula, Rayyan akan belajar berenang dengan bayi-bayi lain, anak kawan-kawan saya.
"Sebenarnya saya geram dengan suami, sebab masa Ryan berusia 3 bulan, suami sudah ajar berenang. Ning geram betul pasal takut kan!" katanya."Saya memang tidak mahu tunggu lama-lama untuk mengandung anak kedua. Kalau ada rezeki, masa konsert pelangi untuk mu, pada september dan januari depan, jika masa itu saya mengandung, saya akan bawa sekali anak dalam kandungan dalam konsert tersebut" kata Ning mengakhiri perbualan.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.