Gambar kabur adalah kesan kemerahan pada badan bayi tersebut
Kejadian yang berlaku di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara negara China ini mengemparkan dunia apabila gambar bayi tersebut di muat naik dalam laman sosial weibo yang lebih kurang menyamai facebook.
Bayi malang tersebut seoalah-olah di panggang semalaman dengan badan dan kaki bayi tersebut kelihatan kemerah-merahan akibat suhu yang terlalu panas.
Media juga melaporkan pada malam kejadian tersebut ke semua maklumat rakaman litar tertutup CCTV telah dipadamkan, dengan kata lain segala maklumat yang ada cuba dikaburi oleh pihak hospital. Apa yang lebih mengecewakan kerana pihak hospital juga enggan bertanggungjawap atas kejadian ngeri tersebut.
P/S: Harap-harap kecuaian seperti ini jangan berlaku di Malaysia.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.