"Saya langsung tidak berkecil hati dengan mereka, tetapi salah ke saya berkawan? Saya tidak kecil hati di label sebagai playgirl, yang penting diri saya tidak begitu dan saya tidak pernah menabur janji manis dengan banyak lelaki dalam satu masa" kata Adira
"Saya masih muda dan tidak salah saya berkawan dengan ramai lelaki. Berkawan biar beribu dan biar apa pun tuduhan yang dilemparkan, saya pasti kerjaya saya tidak akan terjejas, lagipun ada keluarga yang senantiasa beri sokongan kepada Adira"Tidak menolak gosip mengenai jejaka bernama Sharul, namun belum sampai fasa bercinta. Namun dakwaan yang kononnya saya akan beraya di Kelantan untuk berkenalan dengan keluarga Shahrul adalah tidak benar sama sekali.
Itu pun masih belum pasti, kerana kini saya sedang berjira-kira untuk ke sana. memadangkan saya ingin beraya lama sedikit bersama keluarga saya di kampung, lagipun telah lama tidak berkumpul ramai-ramai.
“Kita tengoklah bagaimana nanti. Jika masih ada tiket penerbangan dari Sabah ke Kelantan, mungkin saya akan ke sana sekejap dan kembali semula ke kampung,” katanya.Selain beraya di Kundasang, Adira juga akan beraya di rumah neneknya di Pinawantai setengah jam perlajanan dari rumahnya di Kundasang.
Saat-saat beraya adalah masa yang paling Adira nanti-nantikan kerana telah lama tidak berkumpul ramai-ramai dengan keluarga. Selain adik beradik dan anak buah selama 8 orang, rumah juga akan riuh rendah dengan kehadiran saudara mara terdekat dan sepupu.
Dari segi persiapan raya sebenarnya tiada beza dengan semenanjung, namun kebiasaannya kami akan beraya sambil berkaraoke. Apa yang membuatkan Adira teruja adalah kehadiran peminat nanti di rumah kediaman orang tuanya.
Post a Comment
ohhyeke.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.